3 LAGI
PROGRAM UNITAR DIIKTIRAF OLEH LAN
Kelana Jaya: Tiga lagi
program yang ditawarkan oleh Universiti Tun Abdul Razak mendapat pengiktirafan
penuh dari Lembaga Akreditasi negara (LAN). Program-program
berkenaan ialah Ijazah Sarjana Muda Teknology Maklumat (BIT), Sarjana
Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Dalam
Talian.
Tarikh
berkuatkuasa pengiktirafan tersebut ialah daripada
Beberapa minggu sebelum
ini, UNITAR telah pun menerima pengiktirafan untuk 5 program akademiknya
iaitu Sijil Pentadbiran Perniagaan (CBA), Sijil Teknologi Maklumat (CIT),
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA), Sarjana Teknologi Maklumat dan
Multimedia (MIMT) dan Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat (MITM).
Pengiktirafan
terhadap program-program yang ditawarkan oleh UNITAR telah disambut baik oleh
semua pihak terutama di kalangan para pelajar UNITAR.
Dekan Fakulti Teknologi
Maklumat, Prof. Dr. Khairuddin Hashim turut menghantar makluman pengiktiran ini
kepada semua para pelajar UNITAR. Beliau yang juga Profesor di dalam kursus kejuruteraan softwer
telah melahirkan rasa kegembiraannya kepada kumpulan pelajarnya sewaktu sessi
pembelajaran semester Jan 2002 bermula pada hari Sabtu yang lalu.
Beliau juga
menyatakan bahawa kumpulan pertama pelajar Sarjana Muda Teknologi Maklumat kini
sedang menjalani latihan industri di beberapa buah organisasi.
"Ini
bermakna bahawa kualiti pelajar kita diakui oleh para majikan luar,"
tegasnya.
Program Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Maklumat yang ditawarkan oleh UNITAR adalah
selama empat tahun yang memerlukan seseorang pelajar menamatkan sejumlah 169
jam mata kredit. Selain dari itu para
pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama 16 minggu yang membawa 8
jam mata kredit.
Sementara itu, bagi Ijazah
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) pula, ia telah ditawarkan oleh UNITAR
semenjak penubuhannya pada 1997 dan memerlukan seminima 45 jam mata kredit, mengandungi
10 kursus perniagaan teras, 3 kursus
pilihan yang terditri dariapda Pengurusan, Kewangan, Sistem Maklumat, E-Perdagangan
dan Pengurusan Fasiliti. Ia juga mewajibkan para pelajar mengemukakan Kertas Projek.
berita berkaitan:
UNITAR TERIMA PENGIKTIRAFAN LAN
dibawakan kepada anda oleh PERMAI ONLINE