PENYAKIT BARU
AKIBAT MAKSIAT
Profesor T.V.N. Persaud: Saya tiada masalah untuk menerima
hakikat bahawa ini ialah satu ilham dari Tuhan atau wahyu yang membuatkan dia
(baginda sallallahu’alaihiwasallam- pent) menyatakan sesuatu.
Kami perkenalkan kepada anda Dr. T.V.N. Persuad, Profesor
Kajian Tubuh-manusia, Profesor Kesihatan Kanak-kanak, dan Profesor bahagian
‘Obstetrics, Gynecology, and Reproductive Science’ (Kajian sakit-puan dan sains
pembiakan) di University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Di institusi
itu beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia
sejak 16 tahun yang lalu. Profesor
Keith Moore yang telah
memperkenalkannya kepada kami kerana dia percaya ada ahli-ahli sains yang
berfikiran terbuka dan sedang mencari kebenaran. Profesor Persaud ialah salah
seorang dari mereka. Beliau amat terkenal di bidangnya dan sudah menulis atau
menyunting 22 buah buku teks dan telah menulis lebih daripada 181 penulisan
saintifik. Pada tahun 1991, beliau telah menerima anugerah ‘J.C.B. Award’
daripada Persatuan Pengkaji Tubuh-manusia (‘Anatomist’) Kanada. Di dalam
buku-bukunya, beliau telah memasukkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang beliau
telah bincangkan di beberapa persidangan. Berikut ialah salah satu daripada
Hadis yang dikaji beliau:
“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah
menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan
tulang. Kemudian malaikat akan bertanya,
“Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan?” dan Allah akan menentukan
jantinanya sebagaimana yang Dia kehendaki” (Sahih Muslim- Kitab Al-Qadar).
Gambarajah ini menunjukkan janin ketika berumur 35 hari
(Tidak ditunjukkan- peng), yang tidak menyerupai manusia. Gambarajah seterusnya
menunjukkan janin yang sama ketika 42 hari. Setakat ini, kata Dr. Persaud, kita
tidak dapat camkan bentuk manusia. Kita boleh lihat gambarajah ini, diambil
dengan menggunakan CIBA, menunjukkan janin di hari ke-42 (Rujuk gambarajah
7.1). Seminggu kemudian, ketika minggu ke-7, sejurus selepas 42 hari, bentuknya
bertukar secara mendadak seperti yang dapat kita lihat (rujuk gambarajah 7.2).
Hadis Nabi sallallahu’alaihiwasallam berbunyi (maksud):
“Selepas 42 malam daripada (‘nutfah’-air mani), Allah
menghantar malaikatnya yang akan membentukkan telinga, mata, kulit, daging, dan
tulang . . .”
Gambarajah 7.1: Janin Umur 1 minggu
Gambarajah 7.2: Perkembangan muka manusia (hari).
Dr. Persaud telah memberikan banyak ceramah mengenai kaitan
di antara Al-Quran dan Hadis dengan sains moden. Berikut ialah satu lagi Hadis
yang telah dikaji oleh Profesor Persaud dan beliau telah menjadikannya sebagai
satu daripada bahan ceramahnya:
“ Jika amalan-amalan lucah berlaku di kalangan manusia dan
kemudiannya menjadi satu amalan biasa dan terbuka, wabak dan penyakit-penyakit
baru yang tidak pernah ada sebelum ini akan merebak di kalangan mereka” (Ibn.
Maajah, Al-Hakim)
Mari kita dengar huraian Profesor Persaud mengenai Hadis
ini:
“Memang diterima umum bahawa penyakit yang berlaku dalam
‘uterus cervix’ (rahim) berhubung-kait dengan umur wanita, kekerapan hubungan
kelamin, dan bilangan pasangan seksnya. Beberapa kajian mengenai wabak penyakit
telah menunjukkan hubung-kait yang nyata di antara bilangan pasangan seks dan
berlakunya masalah penyakit rahim ‘cervical carcinoma’. Akibat dan bahaya
hubungan seks rambang dan hubungan seks di luar tabii telah dinayatakan di
dalam Hadis ini sejak 1400 tahun dahulu. Perkataan amalan lucah ini mencakupi perzinaan, hubungan seks
rambang, dan saya diberitahu: hubungan sejenis, hubungan dengan binatang, dan
lain-lain hubungan seks diluar tabii, dan penyakit-peyakit seperti Herpes dan
IADS ialah contoh-contoh penyakit-penyakit
baru yang tiada penawarnya.
Kini baru kita benar-benar faham apa yang dimaksudkan oleh
Hadis tersebut kerana hubungan sejenis, pelacuran dan amalan-amalan lucah telah
berkembang dan menjadi satu amalan yang dibenarkan di negara-negara barat.
Hanya beberapa tahun selepas revolusi seklah penyakit-peyakit yang dinyatakan
Profesor Persaud merebak dan
sesetengah daripadanya, seperti AIDS, mendatangkan bahaya kesihatan yang teruk
dewasa ini. Sabda Nabi sallallahu’alaihiwasallam amat tepat sekali. AIDS (Rujuk
gambarajah 7.3) ialah satu contoh yang amat baik untuk mengambarkan penyakit
yang tidak ujud sebelum sebelum ini, tetapi telah timbul dan ramai manusia yang
risau kalau-kalau mereka telah dijangkiti virusnya.
Gambarajah 7.3:
Virus HIV
Kepada Profesor Persaud, kami mengucapkan terimakasih diatas
usaha beliau. Apabila kami bertanya pendapat beliau mengenai satu fenomena yang
beliau sendiri amat arif mengenainya dan pernah mengkajinya, beliau berkata:
Bagi saya, Muhammad (sallallahu'alaihiwasallam-pent) ialah
seorang manusia biasa. Baginda tidak boleh membaca mahupun menulis.
Malahan beliau seorang yang buta-huruf. Kita bercakap mengenai zaman 1400 tahun
yang lalu, dan terdapat seorang manusia yang buta-huruf tetapi memperkatakan
(sabda-pent) sesuatu yang amat
bertepatan dengan sains. Secara individu, saya tidak nampak ini satu kebetulan,
kerana terlalu banyak perkara yang tepat, dan seperti Dr. Moore, tidak sukar
untuk saya menerima bahawa ini (Hadis) ialah sesuatu yang diilhamkan Tuhan
ataupun suatu wahyu yang membuatkan baginda sallallahu’alaihiwasallam berkata
(sabda-pent) sedemikian..
Daripada ilmuNya, wahyu-wahyu itu telah Allah
subhanahuwataala turunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam. Allah
subhanahuwata’ala berfirman bermaksud (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 166):
“. . . tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan kebenaran
Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya dengan ilmuNya,
. . . .” (Makna penuh: Sila lihat di bawah)
Kitab ini, Al-Quran, ialah satu Petunjuk, Bukti, satu
Kebenaran yang terbukti dan akan kekal dengan manusia hingga Hari Kiamat.
Makna Ayat Sepenuhnya....
“(Orang-orang kafir itu tidak mahu mengakui apa yang telah
diturunkan kepadamu wahai Muhammad), tetapi Allah sentiasa menjadi saksi akan
kebenaran Al-Quran yang telah diturunkanNya kepadamu, Allah menurunkannya
dengan ilmuNya, dan malaikat juga menjadi saksi. Dan cukuplah Allah menjadi
saksi (akan kebenaran Al-Quran ini)” (Maksud Al-Quran Surah An-Nisaa’, 4: Ayat
166).