KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA
.
Dr. Tagata Tejasen: Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasool
Allah!
Orang ini sedang melafazkan kalimah syahadah, sekaligus mengesahkan bahawa dia seorang
Muslim. Perkara ini berlaku ketika Persidangan Perubatan Saudi ke-8 yang
diadakan di Riyadh. Orang yang dimaksudkan ialah Profesor Tejatat Tejasen,
Pengerusi Jabatan Kajian Tubuh-manusia (‘Anatomy’) di Universiti Chiang Mai,
Thailand. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan
di universiti yang sama.
Kami bentangkan kepada Profesor Tejasen beberapa ayat-ayat
Al-Quran dan Hadis yang ada kaitan dengan fakta-fakta kajian tubuh-manusia.
Beliau memaklumkan bahawa di dalam kitab ugama Buddha juga ada penerangan
terperinci mengenai perkembangan embrio. Kami menyatakan kepadanya minat kami
untuk melihat penerangan tersebut dan mengenali kitab berkenaan. Setahun kemudian, Profesor Tejasen kembali
ke Universiti Raja Abdul Aziz untuk satu tugasan sebagai pemeriksa luar. Kami
mengingatkan beliau mengenai kenyataannya setahun yang lalu. Beliau meminta
maaf dan menjelaskan bahawa beliau membuat kenyataan tesebut tanpa satu
kepastian. Setelah memeriksa
kitab-kitab agama Buddha, beliau tidak terjumpa sebarang keterangan mengenai
perkembangan embrio itu.
Kemudian kami berikan kepadanya artikel ceramah yang ditulis
oleh Profesor Keith Moore mengenai keserasian di antara fakta-fakta kajian
embrio moden dan kenyataan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis. Kami bertanya jika
beliau mengenali Profesor Keith Moore. Beliau menjawab sudah tentu beliau
mengenalinya oleh kerana Profesor
Moore ialah salah seorang daripada ahli sains terkemuka di bidang itu.
Selepas mengkaji artikel itu, Profesor Tejasen merasa begitu
takjub sekali. Kami bertanya kepadanya beberapa soalan yang berkaitan dengan
bidang yang dipakarinya. Satu daripadanya ialah mengenai penemuan mutakhir di
dalam kajian kulit (‘dermatology’)- mengenai deria mengesan/merasa yang
dimiliki oleh kulit.
Beliau menjawab; Ya, jika kebakaran kulit terlalu parah.
Kami beritahu Dr. Tejasen: Tuan tentu berminat untuk
mengetahui bahawa di dalam kitab ini, kitab suci Al-Quran, terdapat rujukan
sejak 1400 tahun dahulu yang membicarakan tentang hukuman keatas orang-orang
yang tidak beriman di dalam api neraka; dan ayat itu mengatakan selepas kulit
mereka telah musnah sama sekali, Allah subhanahuwata’ala akan menciptakan untuk
mereka kulit yang baru supaya mereka boleh terus merasai azab api neraka,
menandakan pengetahuan bahawa saraf di dalam kulit ada penghujungnya. Ayat itu
berbunyi (maksud):
“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada
ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap
kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain
supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah
adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)
Kami bertanya: Adakah tuan setuju bahawa sejak 1400 tahun
dahulu ayat ini merujuk kepada keujudan penghujung saraf di dalam kulit? Dr.
Tejasen menjawab: Benar, saya setuju.
Pengethuan mengenai ciri deria-merasa ini sudah diketahui
sejak lama dahulu, seperti yang dinyatakan ayat itu bahawa jika seseorang itu
membuat dosa, dia akan diazabkan dengan dibakar kulitnya, kemudian Allah
subhanahuwata’ala akan menggantikan kulit yang baru untuknya supaya dia boleh
terus merasai keazaban itu. Ini bermakna mereka tahu sejak lama dahulu bahawa
penerima deria rasa sakit berada di dalam kulit, justeru, mereka menggantikan
kulit yang baru.
Kulit (rujuk gambarajah 8.1) ialah pusat kepada deria
merasai bahang kebakaran. Justeru, jika kulit telah hangus terbakar secara
keseluruhanntya, ia akan kehilangan deria rasanya. Oleh kerana itulah, Allah
subhanahuwata’ala akan menyiksa mereka yang tidak beriman di Hari Pembalasan
dengan memberikan kulit yang baru kepada mereka setiap kali kulit sebelumnya
telah habis hangus, sebagaimana firmanNya Yang Maha Kuasa bermaksud:
“ Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada
ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap
kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain
supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah
adalah Maha Kuasa, Lagi Maha Bijaksana.” (Surah An-Nisaa’, 4: Ayat 56)
Kami menyoal Profesor Tejasen: “Adakah munasabah ayat-ayat
ini datang kepada nabi Muhammad sallallahu’alaihiwasallam bersumberkan seorang
manusia? Profesor Tejasen bersetuju bahawa ayat-ayat tersebut tidak mungkin
bersumberkan manusia. Jadi beliau
bertanya sumber ayat tersebut dan daripada mana Nabi Muhammad
sallallahu’alaihiwasallam menerimanya? Kami menjawab, “Daripada Allah, Yang
Maha Agung lagi Maha Kuasa.” Beliau lantas bertanya lagi: “Siapa Allah itu”
Kami menegaskan: Dia ialah Pencipta kesemua makhluk-makhluk.
Jika tuan menemui satu ciri kebijaksanaan, ianya kerana ianya datang
daripadaNya Yang Maha Bijaksana. Jikab tuan menemui pengetahuan mengenai
kejadian cakrawala ini, ianya kerana cakrawala ini dicipta olehNya yang
memiliki segala ilmu-ilmu. Jika tuan nampak kesempurnaan makhluk ciptaanNya,
itu membuktikan Dia Pencipta Yang Maha Mengetahui, dan jika tuan bertemu sifat pemurah, ini membuktikan bahawa
makhluk ini ialah ciptaanNya Yang Maha Pemurah. Selain itu, jika tuan melihat
alam ini sebagai suatu yang teratur rapi, itu membuktikan bahawa alam ini
dicipta oleh Dia satu-satunya Pencipta Yang Maha Pencipta, Yang Maha Terpuji
Lagi Maha Kuasa.
Gambarajah 8.1
Profesor Tejasen bersetuju dengan penjelasan kami. Beliau
kembali ke negaranya dan memberikan beberapa ceramah tentang pengetahuan dan
penemuan barunya itu. Kami dimaklumkan bahawa lima daripada pelajar-pelajarnya
telah memeluk Islam disebabkan ceramah-ceramah beliau. Di Persidangan Perubatan
Saudi ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen menghadiri beberapa ceramah
berkenaan tanda-tanda kajian perubatan di dalam Al-Quran dan hadis.
Profesor Tejasen menghabiskan empat hari bersama-sama
beberapa ahli ilmu, Muslim dan bukan-Muslim, berbincang mengenai fenomena sains
di dalam Al-Quran dan Hadis. Di akhir perbincangan-perbincangan itu, Profesor
Tejasen bangun dan berkata:
Sejak tiga tahun lalu saya telah mulai berminat mengenai
Al-Quran yang telah diberikan oleh Sheikh AbdulMajeed Az-Zindani. Tahun lepas
saya telah memperolehi artikel oleh Profesor Keith Moore yang diberikan oleh
Sheik ini. Beliau meminta agar saya terjemahkannya ke Bahasa Thai dan
memberikan beberapa ceramah kepada umat Islam di Thailand. Saya telah
menyempurnakan permintaan beliau. Tuan-puan boleh lihat buktinya di dalam video
yang telah saya hadiahkan kepada Sheik. Daripada kajian dan daripada apa yang
saya pelajari sepanjang persidangan ini, saya yakin bahawa kesemua yang
dicatatkan di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu adalah suatu kebenaran
yang boleh dibuktikan secara saintifik. Oleh kerana Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) tidak boleh
membaca mahupun menulis, maka Muhammad (sallallahu’alaihiwasallam-pent) mestilah seorang rasul yang menyampaikan
kebenaran sebagaimana diwahyukan kepadanya oleh Dia Yang Maha Pencipta.
Pencipta ini mestilah Allah, atau Tuhan. Justeru, saya fikir sudah sampai
masanya untuk saya melafazkan ‘Laa
ilaaha illallah’, bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah,
‘Muhammad Rasool Allah’, Muhammad ialah seorang Rasul Allah
Daripada persidangan ini, saya bukan hanya dapat belajar
tentang ilmu-ilmu sains, tetapi juga saya dapat bertemu ramai ahli-ahli sains
baru dan menemui ramai kawan-kawan baru. Perkara yang paling berharga yang saya
dapat daripada persidangan ini ialah
‘La ilaaha illallah, Muhammad Rasool Allah’ dan kesempatan menjadi
seorang Muslim.
Kebenaran sememangnya dating daripada Allah
subhanahuwata’ala sebagaimana firmannya bermaksud:
“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui
(dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta
memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Surah Saba’, 34:
Ayat 6)