PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B)
Buku “The Developing Human” (Makna: “Manusia Yang
Berkembang”-pent.) ditulis oleh Profesor Keith Moore telah diterjemahkan ke
lapan bahasa. Buku ini dianggap sebagai satu rujukan saintifik dan dipilih oleh
satu jawatankuasa khas di Amerika Utara sebagai buku terbaik yang ditulis
seorang penulis. Kami bertemu dengan penulisnya dan membentangkan kepadanya
beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang berkaitan dengan bidang
kepakaraannya dalam kajian embrio.
Profesor Moore yakin dengan bukti-bukti yang kami tunjukkan.
Justeru, kami tanyakannya soalan berikut: “Tuan menyatakan di dalam buku tuan
bahawa ketika Zaman Pertengahan (‘Middle Ages’) tiada perkembangan di dalam
pengkajian sains embrio dan hanya sedikit ilmu tentangnya ujud ketika itu. Pada
masa itulah Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda s.a.w.
memimpin manusia berdasarkan apa yang Allah s.w.t wahyukan kepadanya. Terdapat
di dalam Al-Quran penerangan terperinci mengenai penciptaan manusia dan
peringkat-peringkat perkembangan manusia. Tuan seorang ahli sains yang terkenal
di seluruh dunia. Jadi mengapa tuan tidak berlaku adil dan menyatakan kebenaran
ini di dalam buku tuan?
Beliau menjawab: Anda ada buktinya dan saya tiada. Jadi,
mengapa anda tidak mebentangkan bukti-bukti itu kepada kami?
Kami bentangkan kepadanya fakta-fakta (dari Al-Quran dan
Hadis) itu dan Profesor Moore terbukti sebagai seorang ahli ilmu yang hebat. Di
dalam edisi ketiga bukunya, beliau membuat beberapa perubahan. Buku ini telah
diterjemahkan ke lapan bahasa, termasuklah Bahasa Rusia, Cina, Jepun, Jerman,
Itali, Pertugis, dan Yoguslavia. Buku ini telah diedarkan keseluruh dunia dan
dibaca oleh kebanyakan ahli-ahli sains terkemuka dunia.
Profesor Moore menulis di dalam bukunya mengenai Zaman
Pertengahan: Perkembangan sains amat perlahan ketika Zaman Pertengahan, dan ada
beberapa kajian penting mengenai embrio dibuat di zaman itu yang kita ketahui.
Ada disebut di dalam Al-Quran, kitab suci orang Islam, bahawa manusia terbentuk
hasil dari percantuman antara air benih lelaki dan wanita. Beberapa ayat memperkatakan tentang penciptaan
manusia dari setitik air mani, dan ada juga ayat yang menyatakan bahawa
‘makhluk‘ yang tehasil dari percantuman itu akan hidup seperti ‘benih’ di dalam
tubuh wanita enam hari selepas kemudian. (‘Blastocyst’ manusia mula hidup
selepas 6 hari percantuman antara benih lelaki dan telur wanita. Rujuk
Gambarajah 4.1)
Gambarajah 4.1
Al-Quran juga menyebut bahawa air mani bertukar menjadi
seketul darah beku. (‘Blastocyst’ yang hidup atau yang keguguran berbentuk
seperti darah beku). Selain dari itu, menurut Al-Quran embrio juga dinyatakan
berbentuk seperti lintah. Embrio sememangnya berbentuk seperti seekor lintah.
Embrio juga disamakan bentuknya dengan sesuatu yang dimamah- seperti ‘gum’ atau
kayu. (‘Somites’ memang nampak seolah-olah sesuatu yang ada kesan gigi akibat
dimamah- Tengok gambarajah 4.2).
Gambarajah 4.2
Embrio yang sedang membesar disifatkan sebagai manusia
ketika berumur 40 hingga 42 hari. Ketika itu embrio manusia tidak lagi
berbentuk seperti embrio binatang. (Rujuk Gambarajah 4.3) (Embrio manusia mula
mempunyai ciri-ciri kemanusiaan pada peringkat ini). Al-Quran juga menyatakan
bahawa embrio membesar di dalam tiga keadaan atau dinding yang gelap. Ini
mungkin merujuk kepada (1) dinding perut ibu (2) dinding ‘uterine’, dan (3)
‘amniochorionic membrane’ (rujuk Gambarajah 4.4.). Ruangan yang terhad tidak
membenarkan perbincangan lanjut mengenai banyak lagi ayat-ayat Al-Quran yang
memperkatakan tentang perkembangan bayi di dalam kandungan.
Gambarajah 4.3
Itulah kenyataan Dr. Moore di dalam bukunya yang telahpun
didearkan ke seluruh dunia, segala puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t..
Penemuan sains telah menyebabkan Profesor Moore merasa bertanggungjawab untuk
menulis perkara-perkara tersebut di dalam bukunya. Beliau kemudiannya
berkesimpulan bahawa pengkelasan moden mengenai peringkat-peringkat
perkembangan embrio, yang dipakai di seluruh dunia, susah untuk digunakan dan
tidak lengkap. Ia tidak menyumbang kearah usaha memahami peringkat-peringkat
perkembangan embrio kerana ianya dikelaskan berdasarkan nombor, iaitu peringkat
1, 2, 3, dan seterusnya. Pengkelasan yang Al-Quran nyatakan pula tidak
bergantung kepada system nombor. Sebaliknya ianya berdasarkan kepada keadaan
embrio yang senang dicamkan atau bentuk embrio ketika itu.
Al-Quran mengenalpasti peringkat-peringkat perkembangan
kandungan seperti berikut: Nutfah yang bermakna “satu titisan” atau “sedikit
jumlah air”; ‘alaqah yang bermaksud “satu makhluk yang berbentuk seperti
lintah”; mudghah yang bermakna “sesuatu yang kelihatan seperti dimamah”;
‘idhaam yang bermakna “tulang” atau “skeleton”; kisaa ul idham bil-laham yang
bermakna pembungkusan tulang dengan daging atau otot, dan al-nash’a yang
bermakna “pembentukan janin yang boleh dicamkan”. Profesor Mooree menyedari bahawa
pengkelasan oleh Al-Quran ini berdasarkan kepada peringkat-peringkat kandungan
bayi yang berbeza. Beliau mengakui bahawa cara pengkelasan ini memberikan satu
pengenalan saintifk yang canggih dan ianya lengkap dan senang digunakan.
Di dalam satu persidangan yang dihadirinya, Profesor Moore
berkata begini:
Embrio berkembang di dalam rahim ibu atau ‘uterus’ dengan
dilindungi oleh tiga lapisan pelindung seperti yang ditunjukkan di dalam
‘slide’ yang berikutnya [‘Slide’ tidak ditunjukkan-pent] (A) ialah dinding
perut ‘anterior (B) dinding ‘uterine’ dan (C) ‘amniochorionic membrane (Rujuk
Gambarajah 4.5) Perubahan proses yang berterusan menyebabkan pemeringkatan
embrio manusia amat kompleks. Justeru, dicadangkan satu sistem pengkelasan yang
baru diperkenalkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang digunakan di
dalam Al-Quran dan Hadis. Sistem yang dicadangkan ini amat mudah, menyeluruh,
dan menepati fakta-fakta terkini mengenai kajian embrio.
Gambarajah 4.4
Kajian mendalam mengenai Al-Quran dan Hadis sejak empat
tahun yang lalu telah memberitahu kita tentang satu sistem untuk mengkelaskan
embrio manusia yang amat menakjubkan disebabkan ianya di’catat’kan pada abad
ke-7 Masehi. Walaupun Aristotle, pengasas kajian sains embrio, menyedari
tentang embrio ayam yang berkembang berperingkat-peringkat melalui kajiannya
terhadap telur ayam pada abad ke-4 Sebelum-Masehi, dia tidak mencatatkan dengan
terperinci mengenai peringkat-peringkat perkembangan itu. Justeru, tidak
munasabah untuk dikatakan huraian Al-Quran mengenai embrio manusia berdasarkan
kajian sains ketika abad ke-7 itu. Apa yang munasabah hanyalah hakikat bahawa
penerangan itu diwahyukan kepada sendiri oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad
s.a.w.. Baginda tidak mungkin tahu mengenai fakta-fakta itu kerana baginda
seorang yang tidak tahu membaca dan tidak pernah mengikuti sebarang kursus
berkaitan sains.
Kami memberitahu Dr. Moore, ‘Apa yang tuan kata itu benar,
tetapi ia masih pincang berbanding banyak lagi ayat-ayat berkaitan kajian
embrio dari Al-Quran dan Hadis yang telah kami bentangkan kepada tuan itu.
Jadi, mengapa tuan tidak berlaku adil dan bentangkan keseluruhan ayat-ayat
Al-Quran dan Hadis yang membincangkan bidang kepakaran tuan itu?”.
Profesor Moore menegaskan beliau telah pun memasukkan
rujukan yang sesuai di dalam buku saintifik yang khusus. Walaubagaimanapun,
beliau mengajak kami menambah di dalam bukunya mana-mana ayat Al-Quran dan
Hadis yang berkenaan, dan menerangkan tentang aspek keajaiban ayat-ayat itu.
Kami lakukan yang demikian dan kemudiannya Profesor Moore menulis mukadimah
kepada tambahan bercorak Islamik ini dan hasilnya seperti yang anda saksikan
sekarang. Di setiap mukasurat yang mengandungi fakta mengenai kajian sains
embrio, kami catatkan juga ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan. Apa
yang kita saksikan hari ini ialah Islam sedang mara ke dunia baru di dalam satu
kelompok manusia yang adil dan berfikran terbuka.
Gambarajah 4.5