PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN MANUSIA
Kami perkenalkan kepada anda Dr. G.C. Georinger, Pengarah
Kursus dan Profesor Madya dalam Kajian Embrio Perubatan di Jabatan Sains-hayat
Sel, Fakulti Perubatan, Georgetown University, Washington, D.C.. Kami bertemu
dengannya dan bertanya jika dalam sejarah kajian embrio ada disebut mengenai
peringkat-peringkat perkembangan embrio dan jika ada apa-apa buku mengenai
kajian embrio pada zaman Nabi Muhammad (sallahu ‘alaihi wa sallam); atau jika
ada dibincangkan tentang perkara itu di kurun selepas baginda; atau jika
pengkelasan peringkat-peringkat yang berbeza itu hanya diketahui pada
pertengahan kurun ke-9.
Beliau berkata orang-orang Greek purba memang memberi
perhatian kepada kajian embrio dan ramai daripada mereka yang telah cuba
menerangkan apa yang terjadi kepada janin dan bagaimana ia berkembang dan
membesar. Kami bersetuju dengannya bahawa Aristotle, salah satu daripada yang
lain-lain, cuba mengemukakan teori-teori mengenai kajian embrio, tetapi adakah
disebut mengenai peringkat-peringkat perkembangan embrio itu?
Kami memang tahu bahawa pengetahuan mengenai peringkat-peringkat
perkembangan embrio ini hanya diketahui pada pertengahan kurun ke-9 dan tidak
pernah terbukti kesahihannha hinggalah pada permulaan kurun ke-20. Selepas
perbincangan yang panjang, Profesor Georinger bersetuju bahawa tidak tercatat
dimana-mana pun mengenai peringkat-peringkat berkenaan. Justeru, kami bertanya
beliau jika ada panggilan khusus kepada peringkat-peringkat itu sebagaimana
yang boleh ditemui di dalam Al-Quran. Beliau menjawab tiada. Kami bertanya
lagi: “Apa pendapat tuan mengenai nama-nama yang Al-Quran gunakan untuk
menerangkan tentang peringkat-peringkat perkembangan yang dilalui janin?
Selepas perbincangan yang agak panjang, beliau bentangkan tentang satu
kaji-selidik di Persidangan Perubatan Saudi ke-8. Dari kaji-selidik itu, beliau
memberitahu tentang kejahilan manusia tentang peringkat-peringkat yang disebut
Al-Quran itu. Beliau juga
membincangkan betapa lengkap dan tepatnya nama-nama yag digunakan
Al-Quran untuk menerangkan tentang perkembangan janin sekailigus memberikan
gambaran yang lebih jelas. Mari kita dengar bagaimana pendapat Profesor
Georinger:
Dalam hanya beberapa Aayah (ayat-ayat Al-Quran) terdapat
satu keterangan yang amat lengkap terntang perkembangan manusia (janin) mulai
dari ketika percantuman ‘gametes’ hinggalah peringkat ‘organonenesis’. Tidak
pernah ditemui satu rekod selengkap itu mengenai perkembangan manusia (janin),
seperti pengkelasan, penamaan, dan penerangan mengenainya. Jika tidak
kesemuanya pun, kebanyakan daripada penerangan itu mendahului (bebrapa kurun) rekod-rekod saintifik mengenai
perkembangan embrio manusia dan janin yang boleh ditemui dalam kajian sains
biasa.
Perbincangan dengan Profesor Georinger mendorong kami untuk
berbual mengenai satu fakta yang baharu sahaja ditemui dan boleh menamatkan apa-apa
kontroversi. Walaupun kelahiran-tanpa-bapa Nabi Isa ‘alaihissalam ialah satu
kepercayaan Kristian, ramai dari orang-orang Kristian yang tidak bersetuju dan
menegaskan bahawa Nabi Isa mesti berbapa kerana kelahiran-tanpa-bapa suatu yang
tidak logic dari sudut sains. Mereka berhujah sedemikian,. Mungkin mereka tidak
sedar boleh berlaku penciptaan
manusia tanpa bapa. Allah subhanahu wata ‘ala berfirman bermaksud:
”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi
Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari
tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.” (Surau
A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59).
Terdapat tiga jenis penciptaan manusia (yang
luarbiasa-pent):
1.Nabi Adam, yang diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa
2.Hawa, yang diciptakan tanpa ibu
3.Nabi Isa, yang diciptakan tanpa bapa.
Justeru, Dia yang berkuasa mencipta Nabi Adam alaihissalam
tanpa bapa mahupun ibu sudah tentu berkuasa pula menicpta Nabi Isa
‘alaihissalam tanpa bapa. Walaupun dengan bukti sedemikian, orang-orang
Kristian masih terus bertelagah walaupun Allah subhanahu wata ‘ala telah
menunjukkan pelbagai bukti. Bila ditanya megapa mereka masih meneruskan
kontroversi itu, mereka menegaskan bahawa mereka tidak pernah melihat seseorang
yang dicipta tanpa bapa dan tanpa ibu. Bersalahan dengan pendapat itu, sains
moden telah membuktikan banyak binatang dan kehidupan lain yang dilahirkan dan
membiak tanpa adanya pihak jantan (‘bapa’) di dalam kelompok mereka. Contohnya,
lebah jantan lahir daripada telur yang tidak disenyawakan oleh pihak jantan.
Sedangkan telur yang disenyawakan oleh lebah jantan pula akan lahir sebagai
lebah betina. Maknanya lebah jantan dilahirkan daripada telur lebah permaisuri
tanpa disenyawakan oleh lebah jantan. Hari ini, kita mempunyai peralatan sains
untuk mensenyawakan telur (dari pihak betina) beberapa mahkluk supaya telur itu
berkembang tanpa persenyawaan dari pihak jantan.
Mari kita baca kenyataan Profesor Goeringer:
Dalam satu pendekatan yang lain, telur yang tidak
disenyawakan dalam beberapa species amfibia dan mamalia bawahan boleh
diperkembangkan dengan cara mekanik (seperti dengan menggunakan jarum), cara
fizikal (seperi kejutan suhu) atau cara kimia dengan menggunakan beberapa bahan
kimia, dan boleh berkembang kepada peringkat-peringkat perkembangannya. Dalam
beberapa spesis kehidupan, cara pembiakan sebegini (‘parthenogenetic’)
merupakan satu perkara biasa.
Allah subhanahu wata ‘ala telah memberikan jawapan yang
pasti dan menggunakan Nabi Adam alaihissalam, nabi yang juga diimani Kristian,
sebagai satu contoh seorang manusia yang tiada bapa mahupun ibu. Orang-orang
Kristian menanggap satu perkara yang tidak lojik jika manusia boleh dilahirkan
tanpa bapa. Justeru, Allah subhanahu wata’ala telah menunjukkan kepada mereka
satu perbandingan dengan seorang manusia tanpa ibu dan tanpa ibu, iaitu Nabi
Adam alaihissalam. Al-Quran menyebut (Surau A-Li-‘Imraan, 3: Ayat 59) yang
bermaksud:
”Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi ‘Isa di sisi
Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptanya dari
tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka menjadilah ia.”
Allah subhanahu wata ‘ala telah mentakdirkan akan berlakunya
perkembangan dan penemuan-penemuan sains yang pesat yang akan menunjukkan bukti
demi bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran. Inilah caranya Al-Quran dipernyatakan
kepada manusia sepanjang masa. Ayat-ayatnya diketahui oleh ahli-ahli ilmu dan
ahli-ahli sains terkemuka Islam kini dan akan dating. Sains tidak akan dapat
menandingi keluarbisaan Al-Quran.
“Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui
(dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta
memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, Lagi Maha Terpuji” (Maksud al-Quran
Surah Saba’, 34: Ayat 6)
Allah Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Agung berfirman (Surah
Saad, 38: Ayat 88) bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kebenaran
perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi”.
FirmanNya lagi (Surah Fussilat, 41: ayat 53) bermaksud:
“Dan akan diperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan
Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah
benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi
mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
Gambarajah 5.1 Telur (Ovum)
Gambarajah 5.2 Benih Lelaki (Air Mani)
Gambarajah 5.3 Zaigot (Hasil percantuman 2 benih di atas)