PROTON SUTERA GANTI WAJA?
Belum
beberapa bulan Proton WAJA memenuhi jalanraya di Malaysia, sebuah lagi jenama
yang dinamakan PROTON SUTERA akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.
Walau bagaimanapun setakat ini belum mendapat pengesahan daripada pihak pengeluar kereta Proton.
Melihat pada gambarnya sudah tentu Sutera ini lebih hebat daripada Proton Waja. Kalau betul ini wajah model baru Proton pasti ramai yang sudah berangan-angan dan berkira-kira nak tukar kereta bila ia dipasarkan kelak. Rekabentuknya mengikuti arus masa dan citarasa pengguna-pengguna kereta salun dewasa ini.
Soalnya sekarang betul ke tidak?