"Khas Untukmu, Duhai Wanita ..."
WANITA SEJATI .....
....adalah wanita suri teladan
Lembut tanganmu mampu menghurai seribu masalah
Di bawah ayunan buai oleh jejari halusmu lahirlah cahayamata yg menyinar dunia
dgn pancaran keimanan
Kau dilahirkan bersifat penghuni syurga, lemah-lembut, penyantun dan pemalu
Peliharalah maruah dirimu sepanjang waktu dalam berhijab
Koreksi dirimu selalu kerana dikhuatiri nafsumu yang sembilan, akalmu yg satu tdk
mampu mengharungi kemelut dunia yg serba palsu ini
Dekatkan dirimu selalu kepada Allah dan senantiasa taubat dan malu diatas
keterlanjuran masa lalu
Bila kau disunting menjadi seorang isteri, jadilah isteri yg setia, utamakanlah
mengurus rumahtangga, menjaga amanah dan harta suamimu, mengasuh dan mendidik
anak-anak bagi menatang cahayamata
Muliakan ibu-bapa dan ahli keluargamu, taati perintah Allah dan jauhilah
laranganNya, serta manis dlm menjalin hidup mengikut sunnah nabi tercinta
Insya Allah kau adalah Wanita Sejati
Amatilah sebuah hadits Rasulullah saw.:
"Apabila seorg wanita telah melakukan solat lima waktu dgn sempurna,
berpuasa di bulan Romadhan cukup syaratnya, menjaga maruah dirinya, serta
mentaati suaminya, maka di akhirat akan diseru untuk masuk ke dlm syurga dari arah
pintu mana yang ia suka"
(riwayat oleh Al Bazzar)
BERSYUKURLAH, KERANA DICIPTA SEBAGAI WANITA..... "