KES NGERI ROGOL DAN BUNUH REMAJA
DAN KANAK-KANAK: BEBERAPA
PENGAJARAN
PROF
MADYA SYED OMAR BIN SYED AGIL
Apabila berlakunya kes yang menggemparkan warga lembah
Kelang pada 7 Oktober tahun lalu di mana seorang jurutera komputer wanita Noor
Suzaily Mukhtar, 24 tahun telah di rogol, di liwat dan di bunuh dengan kejam
dalam sebuah bas ekspres, saya merasa dukacita yang amat sangat.
Apabila pemandu bas ekspres yang di tuduh melakukan
perbuatan yang kejam itu di tahan dan kemudian kes ini di bawa ke mahkamah
untuk di bicarakan, dukacita dan perasaan geram saya masih belum padam dan saya
sentiasa berbincang dengan isteri saya bagaimana seorang lelaki boleh bertindak
ganas seperti seekor haiwan tanpa peri kemanusiaan.
Ketika kes ini sedang di bicarakan di mahkamah, kita sekali
lagi di kejutkan dengan berita yang sungguh menyayatkan hati seolah-olah ianya
merupakan ulangtayang sebuah drama pembunuhan kejam cuma kali ini pembunuh dan
di bunuh adalah orang yang berlainan. Belum sempat kemarahan saya yang memuncak
ini reda, mayat seorang pelajar sekolah menengah di Jasin, Nurul Hanis Kamil,
16 tahun di temui dalam keadaan separuh bogel dan tertiarap dengan leher di
jerut menggunakan tali beg sekolah dan pakaiannya tertulis nama mangsa dengan
titisan darah.
Malah kalau kita berkesempatan membaca Berita Harian,
Jumaat, 6 Julai, 2001, muka surat 6, kita akan dapati satu ruangan yang
menyebut beberapa kes lain yang telah berlaku dari tahun 1999 sehingga tahun
2001 yang melibatkan kanak-kanak dan
remaja perempuan serta wanita yang telah di bunuh dengan kejam. Kebanyakan
daripada mangsa tersebut telah di rogol dan/atau di liwat sebelum di bunuh. INI
JELAS MENUNJUKKAN BAHAWA SETIAP WANITA, KANAK-KANAK DAN REMAJA PEREMPUAN
TERMASUK MAHASISWI TERDEDAH KEPADA PERBUATAN ROGOL, LIWAT DAN DI BUNUH. Ini
ialah kerana mereka di anggap sebagai insan lemah yang tidak mampu membuat
apa-apa sekiranya di perkosa oleh mereka yang sedang mencari mangsa untuk
memuaskan nafsu mereka.
Walaupun keluarga mangsa yang di bunuh dengan kejam ini tiada
pilihan melainkan terpaksa menerima takdir ini dengan reda, kita yang masih
hidup ini harus mengkaji apakah faktor-faktor yang mendorong kepada
kejadian-kejadian ini yang dahulunya di anggap sebagai sesuatu yang luar biasa
atau tidak pernah berlaku. Kes bunuh seperti ini biasanya berlaku di negara
barat di mana jenayah tidak dapat di bendung lagi. Pembunuhan secara kejam ini
biasanya berlaku di negara-negara di mana filem-filem ganas dan lucah di
pertontonkan, penggunaan dadah dan alkohol secara bebas dan berleluasa, Ciri
masyarakat barat yang tidak berasakan agama ini membenarkan perhubungan lelaki
dan wanita secara bebas termasuk seks rambang adalah di antara punca yang dapat
di kenal pasti mengapa jenayah seks semakin berleluasa.
Dalam suasana yang memilukan hati kita ini terdapat pelbagai
reaksi daripada anggota masyarakat kita termasuk daripada pemimpin dan rakyat
biasa. Kebanyakannya berbentuk jangka pendek `cure’dan bukan bersifat
`preventif’ atau pencegahan.
Sudah tentu apabila kita melihat kes-kes yang dahulunya kita
dapati berlaku secara berleluasa dalam masyarakat barat yang telah memutuskan
hubungan mereka daripada ikatan keagamaan dan `permisif’, maka kita dengan
sendirnya akan bertanya apakah ciri-ciri masyarakat barat sudah menular dalam
masyarakat Malaysia ini yang dahulunya terkenal dengan sifat lemah lembut dan
mempunyai adat tatasusila yang tinggi? Itu adalah logik yang tidak dapat di
sangkal lagi. Memang tidak kita nafikan bahawa jumlah kes pembunuhan secara
kejam dan tragis ini masih rendah di bandingkan dengan kes-kes seumpamanya yang
berlaku dalam masyarakat barat. Namun sekiranya langkah pencegahan tidak di
ambil ia akan meningkat dan orang lain akan menjadi mangsa seterusnya. Tidak
mustahil ketika ini, kebanyakkan mereka yang ada di pejabat, di jalanraya, di
rumah-dirumah di mana Islam tidak di jadikan panduan sudah di rangsang nafsu
mereka kerana faktor-faktor yang akan di sebut selepas ini dan menantikan saat
dan ketika untuk bertindak terhadap mangsanya samada secara sukarela atau
secara paksa. BERHATI-HATILAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Cuba kita lihat keadaan semasa masyarakat kita hari ini dan
bandingkan dengan situasi di barat.
1.
Filem-filem
lucah termasuk lucah melampau dalam bentuk VCD semakin berleluasa walaupun
ianya kurang di siarkan di kaca-kaca televisyen. VCD seperti ini boleh di
dapati di kebanyakan kedai-kedai video atau di tepi jalan dan di kaki lima. Ini
bermakna filem-filem yang dahulunya hanya bleh di siarkan di negara-negara
barat kini boleh di dapati di Malaysia dan di tonton oleh pelbagai lapisan
masyarakat daripada kanak-kanak sehingga orang tua.
2.
Perhubungan
di antara lelaki dan wanita secara bebas yang membawa kepada seks luar nikah
dan seks rambang semakin berleluasa. Kalau dahulunya semasa saya di hantar ke
luar negara untuk melanjutkan pelajaran, saya merasa terkejut dengan
perhubungan bebas tanpa batas di antara lelaki dan wanita dalam masyarakat
barat tetapi kini saya dapati keadaanya hampir sama di Malaysia walaupun ianya
masih dapat di kawal sekiranya kita bertindak lebih awal. Yang amat mengejutkan
kita adalah remaja wanita kini lebih berani mempamirkan auratnya dan mendekati
lelaki walaupun mereka secara fitrahnya mempunyai sifat malu. Perubahan ini
memudahkan kaum lelaki untuk mengambil kesempatan dan bertindak mengikut hawa
nafsu mereka
3.
Penggunaan
dadah di kalangan belia khususnya semakin berleluasa walaupun kerajaan telah
membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun untuk membenterasnya.
4.
Kita
dapati di kalangan setengah remaja, agama tidak lagi memainkan peranan penting
dalam hidup mereka. Ada di kalangan remaja begitu mudah mengikut budaya asing
yang mereka lihat dalam kaca televisyen dan VCD. Budaya memakai subang di
kalangan golongan homoseks di barat semakin berleluasa dikalangan remaja lelaki
di Malaysia. Ada di kalangan remaja dan belia kita yang tidak lagi menunaikan
sembahyang manakala ada yang lain pula tidak bersungguh-sungguh menunaikan
kelima-kelima waktu sembahyang walaupun Allah SWT menyebut bahawa `Sesungguhnya
sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar’ Mereka telah lupa atau tidak mengetahui
sejarah Islam dan matlamat kedatangan Islam.
Islam di turunkan untuk kebahagian manusia di dunia dan akhirat.
Rasulullah s.a.w menyebut dalam khutbahnya yang terakhir sebelum beliau
`Sekiranya kamu berpegang kepada dua perkara, kamu tidak akan sesat
selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah RasulNya’.
5.
Ada di
kalangan anggota masyarakat Islam yang tidak lagi menjadikan Al-Quran sebagai
panduan dan Rasulullah sebagai model dalam kehidupan mereka. Mereka bertindak
mengikut hawa nafsu dan akal fikiran mereka semata-mata. Ada yang tidak membaca
Al-Quran lansung. Ada yang membaca Al_Quran tetapi tidak memahami apa yang
terkandung dalamnya walaupun kita tahu dan sedar bahawa Al-Quran mengandungi
panduan dan pertunjuk daripada Allah untuk manusia menjalani kehidupannya di
dunia agar dia mencapai kebahagian dunia dan akhirat. Persoalannya` Siapakah
yang lebih bijaksana, Allah yang menciptakan kita atau kita sendiri yang
terbatas ilmu pengetahuan kita? Sudah tentu jawapannya ialah Allah SWT Maha
Bijaksana dan oleh itu kita harus mengikuti keseluruhan pertunjukNya.
6.
Iklan
di media cetak dan elektronik menjadikan wanita yang membuka aurat sebagai
bahan pelaris produk-produk syarikat yang mengeluarkannya. Akhbar sisipan di kebanyakkan surat khabar
tempatan mempamirkan artis-artis yang bersedia untuk mempamirkan auratnya yang
boleh merangsang nafsu pembaca-pembaca.
Akibat daripada inilah kita dapati rakyat Malaysia umunnya
kini di dedahkan dengan unsur-unsur dan budaya yang merangsang nafsu syahwat.
Nafsu syahwat yang sedang bergelora akan reda apabila ia dapat di berikan
kepuasan yang secukupya. Selagi kepuasan nafsu syahwat tersebut tidak di penuhi
ia akan menimbulkan keresahan. Semakin banyak manusia itu di dedahkan dengan
unsur-unsur yang merangsang nafsu syahwat semakin ia menjadi resah dan gelisah.
Biasa pegangan agama dan iman yang kuat akan menjadi pendiding kepada insan
tersebut daripada melakukan maksiat dengan tujuan untuk memuaskan nafsunya.
Tetapi keadaan hari ini menunjukkan faktor-faktor yang merangsang nafsu syahwat
berlaku serentak dengan pegangan agama yang luntur. Ini menyebabkan manusia
tidak dapat membendung kemahuan nafsu syahwatnya sehingga ia terdorong untuk
melakukan maksiat. Sekiranya ia tidak dapat secara sukarela, maka ia akan
melakukannya secara paksa yang membawa kepada pembunuhan secara kejam kerana
nafsu yang terangsang tidak mampu membezakan antara yang halal dan haram antara
peri kemanusiaan dan perbuatan kehaiwanan. Insan yang memuncak hawa nafsunya,
tidak dapat berfikir secara rasional. Ia akan hanya merasa bersalah terhadap
perbuatan terkutuknya setelah kepuasan nafsunya yang sedang memuncak dapat di
penuhi. Masa itu akalnya akan mula berfikir secara rasional akan tindak
tanduknya dan datanglah penyesalan dalam dirinya.
14 PENGAJARAN UNTUK
MAHASISWA/I
1.
Jangan
mendedahkan diri kepada unsur-unsur yang meransang nafsu syahwat. Jangan
membeli VCD yang mengandungi unsur-unsur lucah. Demi masa depan kita,
disiplinkan diri dan bertekad untuk tidak membeli lagi VCD seperti ini.
Simpanlah wang yang biasa di gunakan untuk membeli VCD lucah atau filem-filem
barat yang mengandungi unsur-unsur lucah atau gunakannya untuk membeli
buku-buku yang boleh merangsang idea dan pemikiran yang positif atau merangsang
spiritual dan bukan yang merangsang nafsu kita. Marilah kita menjalankan kempen memboikot VCD, program TV dan
hiburan yang mengandungi unsur-unsur lucah.
2.
Janganlah
menonton filem-filem dan program hiburan di kaca televisyen yang mempamirkan
unsur-unsur lucah atau yang menggalakan kita untuk bercinta dan bertemu kekasih
kita di tempat yang sunyi untuk mengatakan perasaan masing-masing sebagaimana
yang berlaku di kalangan remaja barat. Iini termasuk jangan terlalu kerap menonton
filem Bollywood yang banyak mempamirkan cerita cinta dan kesanggupan
mengorbankan apa sahaja demi cinta termasuk agama dan nyawa. Ini akan merangsang nafsu kita dan mendorong
kita untuk melakukan maksiat dan seks luar nikah. Semakin kerap kita bertemu
orang yang kita cintai semakin terdorong kita untuk melakukan maksiat dan kita
mungkin bertindak lebih ganas untuk memuaskan nafsu kita.
3.
Janganlah
baca sisipan akhbar yang mempamirkan artis-artis luar dan tempatan yang sedang
mencari glamour sehingga sanggup mengorbankan kerhormatan diri. Ia adalah kerja
yang sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang faedah kepada sesiapa malah boleh
menimbulkan kemudharatan.
4.
Mahasiswa
atau mahasiswi haruslah bertegas untuk tidak mengikut kehendak mana-mana
individu samada pasangannya atau pun bukan untuk keluar bersiar-siar sebelum
mereka mengikat tali perkahwinan kerana terdapat kes di mana wanita di rogol
setelah mengikut rakan lelakinya keluar rumah.
5.
Mahasiswa
atau mahasiswi hendaklah bertegas tidak membenarkan orang yang berlainan
jantina yang bukan muhrim mereka untuk memasuki rumah tanpa sebab yang jelas.
Sekiranya mereka ingin masuk katakan kepada mereka `minta maaf tiada orang di
rumah’ atau `semua disini adalah mahasiswi, kami tidak benarkan mahasiswa masuk
ke dalam rumah. Buatlah peraturan-peraturan tertentu khususnya untuk penghuni
rumah yang boleh menghalang dari berlakunya perbuatan tidak bermoral di depan
mata kita
6.
Mahasiswi
haruslah bertegas dalam menjaga kehormatan diri dan tidak mudah terpedaya
dengan pujuk rayu lelaki. Mahasiswi yang bertegas dan tidak biasa berbual dengan lelaki dan menjauhkan diri daripada
kumpulan dimana berlakunya perhubungan bebas antara lelaki dan wanita akan sentiasa di hormati dan tidak mudah bagi
pihak lelaki untuk mengambil kesempatan daripadanya.
7.
Janganlah
pulang ke rumah seorang diri. Begitu juga jangan membiasakan diri untuk keluar
rumah di waktu malam. Pastikan sentiasa di temani rakan yang sama jantina
apabila pulang ke rumah untuk menghalang daripada mereka yang memuncak nafsunya
mengambil kesempatan untuk bertindak terhadap mangsanya yang keseorangan.
Elakkan daripada pulang kerumah di waktu malam atau melalui lorong-lorang gelap
dan sunyi.
8.
Fahamilah
konsep aurat dalam Islam dan pakailah pakaian sebagaimana yang di perintahkan
oleh Allah dan RasulNya. Aurat yang terdedah akan mengundang insan terangsang
nafsunya untuk bertindak terhadap kita. Kejadian ngeri yang berlaku menunjukkan
kepada kita bahawa sekiranya wanita yang menutup aurat boleh di perlakukan
dengan kejam apa lagi sekiranya wanita itu membuka auratnya.
9.
Nasihatlah
sesiapa yang menyukai kita dan kita menyukainya agar mengikut peraturan yang di
tetapkan oleh syariat Islam dari segi hubungan sesama manusia yang berlainan
jantina sehingga hari kedua-duanya di nikahkan. Sekiranya dia tidak mahu dan
berkeras mahu mengikut cara yang bertentangan dengan syariat Islam maka
lupakanlah dia. Sekiranya dia berani untuk menentang perintah Allah maka tidak
mustahil dia akan lebih berani untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan
kita. Dan perangai ini akan dia bawa selepas perkahwinan dan sudah tentu ini
akan mengundang kesengsaraan dalam hidup kita. Banyak pasangan gagal untuk
meneruskan cita-cita untuk membina keluarga yang bahagia dan terpaksa berpisah
kerana mereka tidak menjadikan syariat Islam sebagai asas perhubungan mereka
dari peringkat awal lagi.
10.
Tanamkanlah
perasaan malu dalam diri kita untuk berjalan atau berbual-bual dengan orang
yang berlainan jantina kerana ini akan menghalang dari timbulnya nafsu syahwat
dan mendorong kepada maksiat. Janganlah cuba menunjukkan keberaniaan dengan
berbual dengan mereka yang berlainan jantina tanpa mengetahui latar belakang
mereka. Janganlah menunjukkan sikap terlalu baik sehinggakan bersedia untuk
melayani sesiapa pun kerana takut di cemuh sebagai orang yang sambong.
Sekiranya seorang mahasiswa menalifon seorang mahasiswi di rumahnya untuk
tujuan berbual tanpa sebab yang jelas atau mahasiswa tersebut ternyata seorang
yang tidak berakhlak, maka sila beritahu kepadanya `saya minta jangan talifon
saya lagi’ dan sekiranya dia berdegil juga maka beritahu dia `kalau tidak saya
akan beritahu ayah saya atau beritahu pihak UNITAR’
11.
Mahasiswa
dan mahasiswi di tuntut untuk mempelajari seni mempertahankan diri untuk
menghadapi segala kemungkinan. Walaubagaimanapun ia haruslah di lakukan secara
berasaingan bukan bercampur di antara lelaki dan wanita.
12.
Pelajarilah
agama, ingatlah Allah sentiasa dan
tingkatkanlah iman dalam hati supaya tidak terdorong untuk melakukan maksiat.
Kita harus sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa memperhatikan kita walaupun
kita berada di tempat yang sunyi.
13.
Bagi
mereka yang mampu berkahwin, segeralah berkahwin agar tidak timbul fitnah
terhadap mereka supaya apa yang dahulunya di haramkan keatas mereka sebelum
berkahwin dapat di halalkan melalui perkahwinan. Islam datang bukan untuk
menghapuskan nafsu tetapi untuk mengawalnya agar ianya dapat di penuhi secara
halal.
14.
Sekiranya
tidak mampu untuk berkahwin hendaklah membanyakkan ibadat dan puasa sunat agar
nafsu dapat di kawal dari mendorong kepada maksiat.
Sebenarnya apa yang berlaku ini merupakan satu hikmah yang
di tentukan oleh Allah SWT agar kita kembali menghayati Islam yang sebenar.
Allah SWT telah pun menggariskan peraturan-peraturan dan panduan-panduan untuk
manusia hidup di dunia ini dengan aman tetapi kebanyakan manusia ingkar maka
timbullah pelbagai penyakit dalam masyarakat. Manusia menyangka mereka lebih
tahu dan lebih bijaksana dari Penciptanya sendiri.
Islam bukan sahaja mengharamkan perkara-perkara yang boleh
menimbulkan kersoakkan dalam masyarakat tetapi juga perkara –perkara yang boleh
menjuruskan kepada kerosakkan juga di haramkan.
Sebab itulah Islam bukan hanya mengharamkan zina tetapi juga
mengharamkan perkara-perkara yang mendekatkan diri kepada zina dengan ungkapan
`jangan mendekati zina’ `jangan mendekati yang keji’.
Kaedah fiqh berbunyi `Menutup pintu-pintu kerosakkan’ jelas
menunjukkan matlamat Islam untuk menghalang daripada kecenderungan atau
perbuatan yang boleh membawa kepada kejahatan dan maksiat walaupun pada awalnya
ia tidak bertujuan demikian.
Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut peraturan apabila
lelaki bertemu dengan wanita hendaklah mereka saling menundukkan pandangan
mereka. Ternyata peraturan ini juga telah di ketepikan oleh umat Islam sendiri
dan mereka membiasakan diri untuk bergaul secara bebas antara lelaki dan wanita
sebagaimana yang menjadi budaya masyarakat barat sehingga timbulnya nafsu
syahwat sehingga mendorong kepada kemaksiatan. Oleh kerana kita mengenepikan
budaya Islam dan meniru masyarakat barat maka pelbagai penyakit sosial dan
moral yang di hadapi oleh masyarakat barat akibat budaya tersebut kini di
hadapi juga oleh masyarakat Islam.
Marilah kita saling nasihat menasihati agar kita di
selamatkan dari kemurkaan Allah SWT dan bekerjasama untuk membenteras
kemaksiatan dan perkara-perkara yang boleh mendorong kepada kemaksiatan.
Marilah kita mengamalkan cara hidup dan budaya Islam sekiranya kita mahu
mengubati pelbagai penyakit yang menimpa masyarakat Islam kita hari ini.
Wallahu a`lam.