Semangat
bercita-cita untuk mencapai kecemerlangan yang berpanjangan. Kecemerlangan yang
menjadi idaman dan cita-cita setiap pemimpin dan pengurus organisasi merupakan
ukuran kejayaan kepada mereka. Justeru itu banyak masa digunakan mencari jalan
yang terbaik bagi kecemerlangan untuk dihayati oleh setiap lapisan petugas
organisasi. Pelbagai kursus dianjurkan, pelbagai insentif dan teknik pengurusan
baru diperkenalkan, pelbagai anugerah ditawarkan sebagai prakarsa untuk meraih
atau mencipta kecemerlangan.
Namun demikian, walaupun dengan
sejumlah kursus, teknik pengurusan serta anugerah yang diberikan yang melibatkan
dana yang begitu besar, tidak banyak organisasi yang dapat meraih kecemerlangan
sebagaimana yang dihajati. Banyak yang gagal walaupun malu untuk mengakuinya.
Ada juga yang berjaya tetapi tidak kekal dan terlalu sedikit yang berjaya
mengekalkan kecemerlangan organisasi sehingga berpanjangan dan menjadi tradisi.
Kita harus mengakui bahawa umat Islam
masih jauh ketinggalan di dalam bidang pengurusan. Ini dapat diiihat dan segi
buku-buku yang ditulis mengenainya , apa lagi kerja penyelidikan yang ternyata
amat sedikit dan masih di peringkat konsep yang terlalu umum dan simplistik.
PRINSIP PERTAMA
Cause-Tujuan Penubuhan
Di antara sebab yang lazim berlaku
yang menjadi hambatan utama kepada usaha memulakan kecemerlangan organisasi
ialah kegagalan memahami tujuan penubuhan organisasi tersebut. Terlalu banyak
kes berlaku yang mana organisasi menyimpang dari matlamat penubuhannya sehingga
menimbulkan masalah baru sedangkan masalah yang hendak ditangani masih terabai.
Kita selalu mendengar berita bagaimana peruntukan berjuta ringgit untuk
menangani masalah rakyat berpendapatan rendah digunakan sebahagian besarnya
membina bangunan canggih dan membeli peralatan terkini sedangkan masalah asasi
masih di tahap lama.
Hal ini berlaku disebabkan perkara
berikut tidak diberi perhatian oleh pihak pengurusan:
Tujuan penubuhan organ isasi tersebut tidak dijelaskan secara sistematik di dalam bentuk kursus orientasi sehingga ianya difahami oleh setiap lapisan petugas.
Ketiadaan program dirancang secara berkala bagi tujuan mengingatkan tujuan penubuhan dan mengapa kita bekerja di sini
Ketiadaan gerakan penerangan seperti poster, gambar-gambar serta kata-kata hikmah dan ucapan penting yang boleh mengingatkan setiap petugas akan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Di
dalam Islam, kita sentiasa dungati agar sentiasa melakukan sesuatu untuk
mendapat keredhaan Allah Ta'ala di dalam setiap kali kita menunaikan sembahyang
lima waktu. Ini merujuk kepada surah AI-An'am (6:162-163) yang bermaksud:
"Katakanlah: Sesungguhnya
sembahyangku, ibadatku, dan matiku semuannya bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Tiada bagiNya sekutu dan dengan demikian aku disuruh dan aku orang yang
mula-mula Islam. (tunduk kepada Allah).
Pengurusan dalam Islam meletakkan
hubungan insan dengan Allah sebagai paksi segala tindakan agarsegala perbuatan
kita diterima sebagal ibadah dan diredhai Allah Ta'ala. Organisasi itu adalah
terdiri dan insan atau manusia yang semestinyalah tunduk dan patuh kepada
perintah Allah Ta'ala. Segala perubahan yang ingin dilaksanakan mestilah bermula
dengan perubahan manusia dan perubahan tersebut mestilah bermula dengan membaiki
hubungan dengan Allah Ta'ala yang secara langsung sesama manusia.
Dalam konteks organisasi moden pada
hari ini, manusia itu dilihat sebagai "economic animal"
binatang ekonomi yang mesti dieksploit semaksimum mungkin. Manusia dilihat
sebagai "input' human capacity yang perlu diperah keringatnya di dalam
konteks minimize cost, maximize profit - kurangkan kos, tingkatkan laba.
Dalam konteks Pengurusan Islam pula
matlamat utama pekerja ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah Taala dan
kemudiannya bertanggungjawab untuk memakmurkan dan memberikan rahmat sekelian
alam yang diterima Allah sebagai ibadah.
Di
dalam pengurusan Islam setelah selesal persoalan matlamat dan tujuan organisasi
serta mengapa kita bekerja, untuk apa dan siapa, maka persoalan seterusnya ialah
menanam iltizam di dalam diri agar setiap petugs sentiasa mempunyai dedikasi
yang tinggi dan bersungguh-sungguh ketika melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
Banyak organisasi gagal meningkatkan
itizam petugasnya sehingga matlamat penubuhannya, kualiti kerja terjejas yang
mengakibatkan masalah kepada orang ramai. Sindrom "Hangat-hangat tahi
ayam" sudah menjadi begitu lumrah sehinggakan pihak Pengurusan terpaksa
mengadakan berbagai-bagai majiis dan upacara untuk menanam iltizam bekerja ini.
Persoalan iltizam tidak dapat
dikekalkan berpanjangan sekiranya faktor rangsangan dalaman tidak diambil kira.
Faktor rangsangan luaran hanya mampu mempengaruhi petugas hanya seketika dan
tidak dapat bertahan lama.
Justeru itu faktor rangsangan dalaman,
dalam konteks hubungan dengan Allah yang dibicarakan sebelum ini perlu
diprogramkan di dalam budaya kerja di setiap organisasi. Di dalam hal ini
al-Quran menyatakan:
"Salah seorang dan kedua wanita
itu berkata." Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita)
kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil bekerja ialah orang
yang kuat lagi dapat dipercayai" (al-Qashash 28: 26)
"Amalan
yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan walaupun
sedikit." (Sahih Bukhari dan Muslim) Persoalan istiqamah di dalam pekerjaan
amatlah berkait rapat dengan iltizam tadi yang mana dalam banyak hal kita
sentiasa terperangkap dengan riuh rendah majlis dan upacara besar-besaran dan
kemudiannya semangat hilang bersama dengan majlis penutup. Kerja-kerja pembaikan
dan peningkatan kualiti walau sekecil mana sekalipun tidak diberi perhatian
sedangkan seandainya diberikan galakan oleh pihak pengurusan, perubahan kecil ke
arah peningkatan kualiti inilah yang akan membawa perubahan besar kepada
mana-mana organisasi.
Dalam hal ini, Robert H. Schaffer di
dalam bukunya "The Breakthrough Strategy - Using Short-term successes to
build the High Performance Organization" menyatakan bahawa sesebuah
syarikat berjaya, ianya mestilah mengambilkira serta mengiktiraf perubahan kecil
tetapi dilakukan secara istiqamah dan peningkatan berterusan.
"Hubungan
orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang
menguatkan di antara satu dengan yang lain." Prinsip kerjasama sesama
pekerja, antara pengurus dan pekerja, sesama pengurus amatlah penting dan di
sinilah letaknya kepentingan syura sebagaimana Al-Quran menyebut, "Dan
segala urusan hendaklah dimesyuaratkan di kalangan kamu" (Asy Syura 42:38)
Hanya apabila amalan syura dihayat
secara sistematik sahajalah maka semangat kerja berpasukan, espirit de corps
akan dapat diwujudkan seumpama sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Dalam hal ini di antara falsafah
pengurusan Jepun yang berkaitan dengan semangat kerjasama ini "A single
step forward by 100 workers is better than 100 steps taken by a single
worker"
"Serulah
ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik
dan bantulah mereka dengan cara yang baik" (An Nah 16:125)
"Berblcaralah kepada manusia menurut kadar akal mereka masing-masing"
Dalam konteks komunikasi intra dan inter organisasi, penampilan imej banyak
bergantung kepada maklumat yang disalurkan oleh petugas baik secara lisan
mahupun secara perbuatan atau tulisan.
Sangkaan positif dan negatif
bergantung kepada cara mana petugas di organisasi tersebut menggendalikan
maklumat dan bagaimana dia bertindak. Hal ini akan diperhatikan oleh orang ramai
yang berurusan dengannya dan sangkaan positif atau negatif akan terbentuk
bergantung dengan interaksi yang berlaku. Dalam ilmu pengurusan, ada satu
prinsip komunikasi yang berbunyi, "First impression is a lasting
impression". 'One angry customer will tell to 10 other people '. "to
develop a good image is easier that to repair a bad one."