PEDOMAN
KATA
-KATA HIKMAH KHULAFA' AR-RASYIDIN
SAIDINA
ABU BAKAR RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Orang yang
bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu
daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
SAIDINA
UMAR AL-KHATTAB RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
SAIDINA
UTHMAN BIN AFFAN RADHIALLAHU ANHU BERKATA:
Antara
tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
SAIDINA
ALI KARRAMALLAHU WAJHAH BERKATA:
EJEKAN YANG MEMBAWA
NIKMAT
Kalau tidak
kerana ejekan Abdurrahman bin Auf, belum tentu Miqdad bin Aswad memperolehi
isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang
yang soleh.
Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba
Abdurrahman bertanya, ‘’ mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?
‘’ Yah, mengapa kau tidak
mengahwinkan aku dengan puterimu saja? jawab
Miqdad.
Entah
mengapa, jawapan itu membuat Abdurrahman bin Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya, hingga Miqdad merasa sakit
hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad
s.a.w. untuk mengadu.
Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. Beliau menepuk
bahu Miqdad, dan berkata, ‘’ Sudahlah Miqdad. Kau
jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang
isteri yang pantas bagimu.
Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama
kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri paman Rasulullah sendiri, iaitu
Dhiba’’, seorang puteri yang cantik dan luhur budi.
Siapakah
Miqdad bin Aswad? Dia seorang perwira Islam yang gagah berani, yang pada tahun
640 M pernah ditugaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk memimpin 1,000
orang perajurit ke Mesir untuk membantu pasukan Amr bin Ash.