Penasihat-penasihat PERMAI & DYNAMICS GROUP
Kami ingin memulakan tulisan kami pada kali ini dengan satu
kenyataan ringkas tetapi tegas bahawa: PERMAI & DYNAMICS GROUP adalah persatuan--persatuan
dalaman UNITAR yang tidak terlibat dan tidak akan terlibat dengan mana-mana
pertubuhan politik di negara ini.
Pendirian tegas ini terpaksa dinyatakan sedemikian rupa
untuk mengelakkan sebarang prejudis atau kekeliruan tentang sikap kami selama
ini.
Pendirian tegas ini juga didasarkan kepada Artikel 16
Disciplines of Students Rules 1999, Universiti Tun Abdul Razak yang menyatakan
dengan jelas :
“Students shall not in any way be involved in political activities nor participate in the activities of any political parties, groups, organisations and/or body. This regulation does not supercede Part VIII Section 47 of the Private Institution of Higher Education Act 1996 and Section 15 University and College University Act 1996”.
Perlu
kami tegaskan bahawa kedua-dua persatuan, PERMAI dan Dynamics Group lahir di bawah gema dan imbauan seruan dari langit
: Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar.
Merekalah orang-orang yang beruntung. (Surah Ali Imran, Ayat 104).
Sebagai persatuan yang meletakkan cita-cita murni iaitu untuk melahirkan insan akademis yang bertaqwa, pendirian tegas non-partisan seperti di atas terpaksa dinyatakan secara terbuka without fear or favour agar cita-cita murni itu tidak hanya tinggal sebagai fatamorgana yang tak wujud atau utopia yang tak kesampaian.
Malah dinamisme PERMAI & Dynamic Group sebagai wadah non-partisan yang mendokong kepelbagaian aktiviti dengan latar belakang dan pendirian yang berbeza kini dinodai dengan cubaan sesetengah pihak yang ingin merosakkan perpaduan dan keharmonian dalam PERMAI dan DG sendiri.
Sebagai kumpulan yang terdidik, berilmu dan penuh kesedaran, pelajar dan mahasiswa tidak sepatutnya menjadikan diri mereka sebagai kuda tunggangan mana-mana pihak yang berkepentingan terutama di dalam keadaan mutakhir ini yang iklim persekitaran dimandulkan oleh kekuasaan yang tidak mengenal apa yang dikatakan kritikan.
Di dalam keadaan seperti inilah juga, kita tidak boleh lagi dijahilkan dengan kejahilan yang baru iaitu melibatkan diri di dalam mana-mana pertubuhan politik, atau melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan politik meskipun dengan nama-nama yang indah dan menggiurkan yang kelak akan menyebabkan perjuangan PERMAI dan DG menjadi seperti menabur benih di angkasa.
Masa dan ruang yang diwujudkan di gedung ilmu itu wajiblah digunakan untuk mencari kebenaran dan bukan untuk menimbun tambah kejahilan yang sedia ada.
Apabila di satu ketika yang lalu kami menyatakan bahawa mahasiswa perlu peka dengan suasana negara agar mahasiswa menjadi golongan yang tidak jumud dan mampu memainkan peranan mereka sebagai pemangkin perubahan masyarakat, tidak bererti pula kami menganjurkan kita perlu bersekongkol di dalam mana-mana pertubuhan parti politik tertentu.
Sememangnya tidak sesuai hidup dalam kepompong akademik sahaja tanpa melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum dan peka dengan isu-isu masyarakat semasa.
Namun, menyedari bahawa mahasiswa adalah aset terbesar negara yang kelak akan menjadi pewaris kepimpinan ummah, banyak pihak sedang giat mencari kesempatan menyusupkan diri untuk mencari pengaruh di kalangan mahasiswa institusi pengajian tinggi tempatan.
Sebagai masyarakat yang terpelajar mahasiswa yang dikatakan berilmu, kita wajar punya pandangan yang lebih kritikal dan analitikal sebelum mengambil sesuatu tindakan yang kelak akan memerangkap kita dalam gelap.
Sudah cukup dengan terlalu banyak isu negara yang melingkari
pelajar yang perlu kita renungi
kini. Contohnya:
Ini diperburukkan dengan kemelesetan akidah yang semakin parah dengan gejala riddah / murtad yang meledak di tengah-tengah gegak gempita kemasyhuran Malaysia yang kononnya menjadi negara contoh dan ulung di kalangan negara-negara umat Islam.
Kes Hartina Kamarudin 1996
Kes Nuraisyah Bukhari 1997
1996 lebih 5,000 permohonan untuk tukar nama
Banyak lagi kes yang tidak dilaporkan.
Sebagai persatuan pelajar dan dakwah, PERMAI & DG harus sentiasa percaya Islam mampu menjadi penyuluh masyarakat yang kini sedang berada abad ke 21 dan hanya akan berjaya apabila kita dapat memisahkan diri kita daripada terjepit di dalam kemelut politik kepartian. PERMAI & DG melihat perjuangan Islam adalah satu kewajipan bersama dan sesiapa yang menyumbangkan tenaga, meningkatkan kesedaran Islam kita hargai.
PERMAI & DG mengalu-alukan penyertaan dan kerjasama semua pihak
dalam menegakkan kebenaran dan mengembangkan ma'ruf dan menentang kemungkaran
ke arah kesejahteraan sejagat seperti yang dianjurkan oleh Allah s.w.t.
..."Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran.
Dan bertakwalah kamu
kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat siksaNya."
... Al-Maidah: Ayat 2.
Dan mahasiswa wajar kembali menunjukkan ketrampilannyanya untuk berdiri di depan mengembalikan sejarah peradaban Islam yang telah lama sugul akibat dari kealpaan kita sendiri.
Kita akan menentang mana-mana pihak yang cuba mengheret PERMAI & DG atau ahli-ahlinya terlibat di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pertubuhan politik tertentu samada oleh parti pemerintah atau pembangkang, kerana dengan mendiamkan diri, amat jelas dinamisme mahasiswa akan diinjak. Dengan pendirian tegas kami ini, juga sebarang pengedaran borang parti politik atau aktiviti anjuran parti politik oleh sesiapa pun juga di kalangan mahasiswa terutama ahli-ahli PERMAI & DG adalah dilarang.
Hal ini perlu dilakukan sebagai satu usaha melepaskan diri dari kebelengguan yang mencengkam mahasiswa sebagai penggerak moral tanpa ada intervensi dan kepentingan partai politik manapun juga.
Karena sesungguhnya anda, kita, kami, atau siapapun nanti akan
dipertanggungjawabkan kelak terhadap peranan kita lewat imbauan ayat yang
dinyatakan tadi.
SYED OMAR SYED AGIL Penasihat 1 |
ZULKIPLY HARUN Penasihat 2 |