 |
Kekayaan
yang paling terjamin ialah rasa puas dengan apa yang
dimiliki. |
 |
Keimanan
itu di samping pengetahuan, pengertian dan kepercayaan yang
kuat, sejajar dengan kedudukan hati kepada Tuhan, maka
kemahuan dan kerelaan akan melaksanakan perintah dan
diputuskan dengan segala
kejujuran. |
 |
Takwa
orang Mukmin itu, bagus tawakalnya pada apa yang tiada
dicapainya, bagus redanya pada apa yang dicapainya dan bagus
sabarnya pada apa yang telah hilang daripadanya. |
 |
Orang yang
paling lama mengalami kesusahan ialah orang yang dengki,
tenang hidupnya ialah orang yang qana'ab. Rendah
kehidupan ialah orang yang menolak dunia. Dan paling
besar penyesalannya ialah orang berilmu yang melampaui
batas. |
 |
Kejahatan
itu semuanya dikumpul dalam sebuah rumah sedangkan kuncinya
ialah cinta kepada dunia, dan kebaikan itu juga dikumpulkan
dalam sebuah rumah, sedangkan kuncinya ialah zuhud pada
dunia. |
 |
Orang
beriman memandang dengan dua mata, iaitu dengan mata zahir dan
mata batin. Pandangan batin, orang tidak mahu berbuat
kejahatan walaupun tidak ada orang yang melihatnya, kerana itu
pula orang dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan
hartanya. |
 |
Dunia dan
Akhirat itu ibarat dua wanita yang dimadu. Apabila
engkau senang (pada) salah satu (antara) keduanya, maka akan
marahlah yang lain. |
 |
Dunia itu
laksana seorang wanita, lalu dia berhias untuk
berbicara. Sehingga apabila aku berkahwin denganya, maka
leher aku akan disembelihnya. |
 |
Barangsiapa mengadap kepada dunia, nescaya dia akan
dibakar oleh api dunia, yakni tamak sehingga dia menjadi
abunya. Dan barang siapa yang mengadap kepada Akhirat,
nescaya Akhirat itu akan membersihkannya dengan cahaya. |
 |
Hari yang
telah berlalu, tidak ada lagi kesempatan di tanganmu dari hari
tersebut, hari esok yang tidak dapat mengetahuinya, entahkan
dapat menemuinya ataupun tidak; dan hari pada saat kamu
berada di dalamnya, oleh kerana itu pergunakanlah dengan
sebaik-baiknya. |
 |
Untuk
mendapatkan jiwa yang bahagia ada empat perkara; berani kepada
kebenaran, tahu rahsia dari pengalaman kehidupan, pandai
menjaga kehormatan batin dan adil walaupun pada diri
sendiri. |
 |
Untuk
mendapatkan bahagia bongkarlah kekotoran jiwa dari dada,
supaya iman masuk ke dalamnya, kerana reban ayam yang dimasuki
musang tidak akan dimasuki
ayam. |
 |
Biasakanlah bersikap jujur dan benar, walaupun anda
melihat bahaya. Yakinlah bahawa itu bahagia.
Jauhilah sikap dan sifat pendusta, walaupun anda lihat
dihadapan anda bahagia, sebab itu bukan bahagia tetapi
celaka. |
 |
Lapan
perkara orang hidup bahagia dan mukanya bercahaya; kesihatan
terjaga, gembira, sinar pengetahuan, kesucian batin, kekuatan
iman, tidak banyak dosa, hidup penuh harapan, berani dan
sabar. |
 |
Dari
kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan,
sebab durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit
sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum
haunya. |
 |
Dalam
mendapatkan kebahagiaan janganlah cepat berputus asa, sebab
ada nyawa ada rezeki. Ketahuilah, air susu ibu yang akan
kita minum sudah tersedia sebelum kita lahir. |
 |
Untuk
mencapai bahagia berusahalah terus, kerana berjalan itu asal
mulanya dari selangkah. Pohon beringin yang besar itu
asalnya dari satu biji yang kecil, dan burung yang besar
terbang di udara itu, asalnya dari sebiji telur. |
 |
Orang yang
ingin hidup bahagia, ada empat macam perlu dijaga; teguh
menjaga kehormatan, reda menerima apa yang sedikit, berbuat
kebaikan setiap hari serta memelihara lidah dari perkataan
keji. |
 |
Bagi orang
yang berbahagia dia menganggap istana bukanlah pada rumah
besar yang bagus serta mewah, tetapi ianya terletak dalam hati
yang telah dapat sinar Ilahi. |
 |
Manusia
biasanya menghabiskan umurnya untuk mencapai bahagia pada
jalan mencari harta, akan tetapi setelah dia mendapat harta
yang banyak hatinya semakin susah. Sesungguhnya harta
itu terletak pada yang luar, sedangkan bahagia itu terletak di
dalam.Kebahagiaan itu akan didapati apabila mendapat
keberkatan hidup, keberkatan itu ialah; memberi manfaat kepada
rohani, manfaat kepada jasmani, memberi manfaat kepada
masyarakat dan hidup diredai
Allah. |
 |
Kita akan
berasa bahagia apabila orang berasa senang dengan kita dan
mencintai diri kita seperti mencintai dirinya sendiri. |
 |
Lima jalan
untuk mendapat kebahagiaan; bermusyuarah setiap akan melakukan
pekerjaan, bersungguh-sungguh mencapai tujuan, membuat
kebaikan, mensyukuri apa yang telah dimiliki dan tidak suka
memuji diri. |
 |
Orang yang
ingin bahagia haruslah selalu mensucikan jiwa dengan; selalu
membaca alQuran, mengosongkan perut dengan jalan berpuasa,
solat malam, bergaul dengan orang yang taat kepada agama, dan
tidak memakan makanan haram. |