MALAM TITIAN UKHWAH

UNITAR 12 Julai 2001 Program Malam Titian Ukhwah anjuran bersama Dynamics Group dan PERMAI telah mendapat sambutan baik di kalangan para mahasiswa dan mahasiswi.

Program tersebut telah diisi dengan sembahyang Maghrib dan Isya' secara berjemaah, bacaan Yassin, Tahlil, Sembahyang Hajat dan Tazkirah.

Majlis Malam Titian Ukhwah juga menyaksikan kehadiran beberapa orang kakitangan UNITAR dan keluarga para pelajar seperti Tn Hj Ismail Jaafar, Pengurus Kanan Hal Ehwal Pelajar dan Kaunselor Pelajar, Encik Azli Jailani.

Program ini diadakan sempena menghadapi minggu peperiksaan semester pendek Julai 2001 yang akan bermula pada 15 Julai 2001 ini.

Di dalam Tazkirah yang disampaikan oleh Prof Madya Syed Omar Syed Agil, Penasihat DG dan PERMAI tersebut telah memberikan pengertian yang menyeluruh tentang UKHUWAH FILLAH. Menurut beliau Ukhuwah Fillah adalah persesaudaraan kerana Allah dan ia merupakan satu anugerah dari Allah.

Beliau menambah  bahawa Ukhuwah Fillah adalah pancaran daripada iman  dan sekiranya iman dan takwa seseorang itu tidak disertai dengan ukhwah, maka imannya adalah iman yang cacat.

Beliau juga telah menyebutkan beberapa tujuan, kelebihan-kelebihannya dan juga syarat-syarat Ukhuwah Fillah. Di antara kelebihan Ukhuwah Fillh ialah wajah mereka seperti Nur (cahaya), dosa-dosa mereka diampunkan Allah, mereka berada di bawah lindungan arasy Allah pada hari Kiamat, mereka dinaungi kasih Allah, ditempat di syurga dalam keridhaan Allah dan mereka dapat merasai kemanoisan iman.

Untuk melaksanakan Ukhwah Fillah ini, seseorang tersebut mestilah ikhlas kerana Allah, mesetilah disertakan dengan iman dan takwa, mestilah bertanggungjawab terhadap manhaj Islami dan mestilah tegak di atas nasihar kerana Allah.

Di akhir Tazkirah, beliau menerangkan cara-cara untuk mendalami ruh ukhwah fillah seperti mendoakan untuk saudara Islam, berjabat tangan apabila bertemu, banyak menzirahi saudara, memberi hadiah pada hari-hari istimewa dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan seseorang.

Program Malam Titian Ukhwah berakhir jam 10.00 malam dengan nasyid Asmaul-Husna secara beramai-ramai.

laporan PERMAI ONLINE