UNITAR JALIN KERJASAMA DENGAN MSU

 

UNITAR mengorak selangkah lagi ke hadapan apabila universiti maya yang pertama di negara ini telah menandatangani perjanjian kerjasama akademik dengan Minot State University, Dakota Utara Amerika Syarikat  baru-baru ini.

"Kerjasama UNITAR dengan Minot State University akan membolehkan pertukaran pelajar-palajar dan kakitangan diantara kedua-dua buah universiti dapat dilaksanakan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak,"    demikian  menurut Datuk  Prof Syed Othman AlHabshi, Presiden dan Ketua Eksekutif UNITAR.

Pengarah Institut Perdagangan Antarabangsa, Minot State University, Dr. james Ondracek menyatakan bahawa Minot State University telah ditubuhkan pada 1913 dan menawarkan lebih 50 program pendidikan termasuk 11 program yang ditawarkan secara online. UNITAR adalah merupakan universiti pertama yang yang mengadakan hubungan dengan universiti tersebut di dalam hal kerjasama secara online.

Buat masa ini, UNITAR akan menawarkan dua bidang kajian bersama-sama dengan Minot State University iaitu Perdagangan Antarabangsa (International Business) dan Sistem Maklumat Pengurusan (Management Information System).

Sebelum ini, UNITAR telah pun menghantar seorang pensyarah dari Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Cik Hjh Rosmini Omar untuk menlanjutkan pengajian PHDnya di Minot State University di bidang Perdagangan Antarabangsa.

Hubungan dua hala ini juga akan membolehkan pelajar-pelajar UNITAR memperolehi pemindahan kredit untuk beberapa matapelajaran di Minot State University untuk program ijazah Sarjana Muda atau di peringkat Sarjana.

 

LAPORAN OLEH PERMAI ONLINE