UNITAR KINI BERSTATUS MSC

 

UNITAR kini telah diberikan pengiktirafan sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berstatus MSC  (Multimedia Super Corridor) oleh Jabatan Strategi MDC dan Unit Perkhidmatan Pelanggan Pendidikan Tinggi (HECSU) di Multimedia Development Corporation Sdn Bhd. Berita kejayaan ini diperolehi beberapa hari sebelum  seluruh rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 44 pada 31 Ogos ini.

 

Pengiktirafan UNITAR sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang berstatus MSC meletakkan UNITAR sebaris dengan beberapa buah universiti awam dan swasta tempatan seperti Universiti Kebangssan Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Unversiti Utara Malaysia dan Universiti Multimedia Malaysia yang pernah menerima status yang sama dari MDC.

 

Status MSC melayakkan UNITAR menjadi lebih proaktif di dalam menyediakan khidmat pendidikan tinggi di bidang teknologi maklumat kerana dengan pengiktirafan tersebut, UNITAR juga berkelayakan untuk mendapatkan geran R& D.

 

UNITAR kelak akan melangkah terus ke hadapan dengan menawarkan kursus-kursus yang bermutu tinggi yang akan dikendalikan oleh para pensyarah dalam dan luar negara. Hasilnya, UNITAR akan menjadi salah sebuah universiti yang penting di dalam melahirkan pekerja-pekerja bermaklumat (k-workers) untuk kejayaan MSC.

Status ini juga akan menyediakan ruang untuk UNITAR bekerjasama dengan organisasi bertaraf dunia yang akan memberikan menafaat kepada para pelajar terutama di dalam hal-hal tugasan penyelidikan untuk mendapatkan pendedahan yang lebih global. Seperkara penting lagi ialah UNITAR akan memperolehi Hak Lindungan Intelektual dan Undang-undang Siber (Intellectual Property Protection and Cyberlaws) dimana ia akan meletakkan UNITAR berada di dalam keadaan yang terjamin dan selesa untuk memasuki mana-mana bidang kerjasama terutama dalam hal-hal yang berhubung dengan pembangunan dan penyelidikan.

 

Kejayaan pertama UNITAR ini adalah hasil kesungguhan Yang Berbahagia Datuk Prof Syed Othman Al-Habshi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR yang sentiasa mempunyai missi dan vissi untuk menjadi UNITAR sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang cemerlang. Kejayaan ini juga bermakna akan memudahkan UNITAR memperolehi pengiktirafan dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN) terhadap kesemua kursus-kursus yang dikendalikan oleh UNITAR yang nantinya akan menjadikan para graduan UNITAR sebagai golongan berpendidikan yang berkompetitif setanding dengan mana-mana graduan samada dari IPTA/IPTS dalam dan luar negeri.

 

PERMAI ONLINE difahamkan usaha menjadikan UNITAR sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang berstatus MSC ini mengambil masa hanya empat bulan dan ianya diketuai oleh Prof Dr Khairuddin Hashim, Dekan Fakulti Teknologi Maklumat bersama-sama dengan beberapa orang kakitangan dari fakulti Teknologi Maklumat.

 

Semua warga UNITAR mengucapkan syabas dan tahniah kepada Prof Dr Khairuddin dan ahli kumpulannya yang menjadikan impian ini sebagai satu kenyataan.

 

Para mahasiswa/I UNITAR kini penuh yakin bahawa mereka kini berada di sebuah universiti yang selamat dan berkualiti di dalam perjalanan untuk menentukan kerjaya di masa muka. Rata-rata mahasiswa/i yang ada akan mampu untuk menggunakan masa yang ada di universiti ini secara efektif dan efisyen mengambil kursus-kursus Sarjana/Sarjana Muda tanpa sebarang keraguan.

 

LAPORAN OLEH PERMAI ONLINE

www.permai1.cjb.net