siri merenung diri
ADAKAH
AKU SEORANG DEWASA?
RAMAI orang yang telah mencapai
kedewasaan umurnya, tetapi masih belum matang akal fikiran dan perasaannya,
sikap hidup mereka masih kebudak-budakan dalam bertindak, berfikir dan melayan
perasaan; orang-orang seperti ini walaupun sudah dewasa dan tua umurnya, tetapi
mereka tidak akan mencapai kebahagian hidup yang sebenar-benarnya, kerana
mereka menghadapi hidup dengan cara yang tidak wajar.
Periksalah
diri sendiri, adakah anda seorang yang dewasa atau masih keanak-anakan dengan
menjawab pertanyaan-pertanyaan di bawah ini dengan “Ya” atau “Tidak” di
pangkal setiap soalan.
1.
Dapatkah anda bertenang dan bersabar seandainya hajat anda
tidak tercapai?
2.
Adakah anda cuba menyembunyikan perasaan anda yang luka dan
tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa?
3.
Dapatkah anda melihat orang lain dipuji dan disanjung tanpa
merasa iri hati?
4.
Dapatkah anda menghadapi kebencian orang yang anda
benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka?
5.
Dapatkah anda menguasai nafsu gelojoh anda yang ingin
mendapat semua perkara yang anda fikir boleh dapat?
6.
Bolehkah anda tidak merasa sakit hati dan malu seandainya
anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain?
7.
Adakah anda terus berlaku saksama walaupun suasana keliling
menghalangkan maksud anda?
8.
Dapatkah anda menerima kritik atau salah faham orang tanpa
memperbesar-besarkannya sampai anda benar-benar merasa tidak senang kerananya?
9.
Bolehkah anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan
sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah,
bimbang dan ragu hingga menyebabkan anda merasa tidak berbahagia atau mendapat
penyakit saraf?
10.
Dapatkah anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat
yang anda tidak setuju dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak
senang?
11.
Bolehkah anda berbahagia sendirian dengan mempunyai satu
kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati?
12.
Bolehkah anda mengaku tidak tahu, tanpa merasa malu?
13.
Bolehkah anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang
yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan
yang tidak baik?
14.
Adakah anda telah lepas zaman berfikir bahawa lebih baik
berlagak sebagai orang intelek atau orang jahat atau ganas yang mempunyai
banyak kisah kejahatan?
15.
Adakah anda cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya
dengan berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan
lebih sempurna.
16.
Adakah anda mendahulukan kepentingan orang lain walaupun
anda merasa tidak senang kerananya?
17.
Dapatkah anda berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang
yang tidak anda sukai?
18.
Dapatkah anda bercinta kasih atau bersahabat mesra tanpa
mengharap mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka?
19.
(A) Untuk wanita; dapatkah anda bekerjasama atau bersahabat
dengan orang lelaki tanpa berusaha menjadi pusat perhatian mereka?
(B) Untuk
lelaki; dapatkah anda bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir
bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita?
20. (A) Untuk wanita; adakah anda disukai
oleh wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita
yang jujur?
(B) Untuk lelaki; pada umumnya adakah anda lebih suka berada dalam kumpulan yang bercampur antara lelaki dan perempuan ataupun dalam kumpulan lelaki sahaja?
Berikan lima mata kepada setiap jawapan “Ya”. Orang yang berumur 30 tahun ke atas patut mendapat sekurang-kurangnya 80 mata dan orang yang berumur dua puluhan tahun patut mendapat 70 mata.