siri merenung diri
ADAKAH
AKU DIKASIHI RAMAI?
KITA tidak perlu kepada jampi
mentera untuk mempengaruhi orang supaya sukakan kita. Kita akan tetapi disukai
orang apabila kita pandai berbudi bahasa dengan mereka dan apabila kita
sentiasa bersedia membaiki kekurangan-kekurangan dan kecacatan budi bahasa
kita.
Sekarang
periksalah diri anda dengan menyemak senarai pertanyaan di bawah ini. Berikan 5
markah kepada tiap-tiap satu jawapan “Ya” kemudian jumlahkan semua hasilnya.
(1) Bila anda mengucap “Selamat pagi” atau
“Assalamualaikum’ adakah anda cuba sebutkan ucapan-ucapan itu dengan secara
sungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati?
(2) Adakah anda penuh bersemangat dalam menghadapoi soal-soal hidup anda sehari-hari?
(3) Adakah anda sentiasa mengatakan
kata-kata anda biarpun dalam perkara-perkara yang sehabis kecil?
(4) Adakah anda mencuba dengan jujur untuk
melihat segi-segi kebaikan orang-orang yang anda temui?
(5) Adakah anda banyak mengorakkan senyum?
(6) Adakah anda benar-benar mudah dalam
memberi kepujian dan sanjungan kepada orang-orang lain?
(7) Adakah anda boleh tahan berbulan-bulan
tanpa meradang atau merungus?
(8) Adakah anda tidak suka memberati dan
menyusahkan orang lain dengan kerja-kerja anda?
(9) Adakah anda dapat mengingat dengan baik
nama-nama orang dan rupa paras mereka?
(10) Adakah anda sangat bercermat melahirkan
mana-mana perasaan tidak setuju dan prasangka-prasangka anda bila
bercakap-cakap dengan orang lain?
(11) Adakah anda selalu tidak suka
menyenda-nyenda dan mempermain-mainkan orang?
(12) Adakah anda lebih dahulu memeriksa diri
sebelum hendak menyampuk atau memotong percakapan orang?
(13) Adakah anda suka mengambil kesempatan
untuk bertemu dengan orang-orang?
(14) Adakah anda selalu menjaga kebersihan dan
kesiapan pakaian dan tubuh badan anda?
(15) Adakah anda menjauhi kata-kata yang kasar dan kesat dalam
percakapan anda?
(16) Adakah anda seringkali bersedia untuk menolong orang lain?
(17) Benarkah anda tidak menaruh syak kepada orang lain mencari rahsia anda atau mengumpat anda dari belakang?
(18) Adakah anda selalu bertimbangrasa terhadap perasaan-perasaan
orang lain?
(19) Adakah anda cuba bersikap mesra dengan siapa-siapa sahaja yang
berkenalan dengan anda?
(20) Adakah anda menegur kesalahan-kesalahan orang lain dengan
secara lembut dan tidak langsung?
Jika
jumlah markah jawapan itu lebih dari 75, maka ini menunjukkan bahawa anda
seorang yang amat dikasihi ramai. Jumlah markah 60-75 menunjukkan juga bahawa
anda dikasihi ramai, tetapi masih ada titik-titik kelemahan budi bahasa yang
boleh diperbaiki oleh anda. Jumlah markah antara 35-55 adalah merupakan satu
hasil yang sederhana yang menunjukkan bahawa anda mungkin mempunyai kawan,
teman dan sahabat handai yang sukakan anda, tetapi meskipun demikian namun anda
belum boleh disifatkan seorang yang dikasihi ramai. Jumlah markah bawah dari 35
menunjukkan anda mempunyai titik-titik budi bahasa yang lemah yang menyebabkan
anda kurang dikasihi orang dan menyebabkan anda hidup terasing dan keseorangan.