Mayat yang mukanya
berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa
hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
Mayat yang mukanya berbentuk babi .Itulah petanda semasa
hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu.
Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan
perbuatan keji dan mungkar.
Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah
mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang
semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh
tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan
mengumpat orang.
Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya
lebih busuk ari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa
hidupnya berilmu dan beramal soleh.