MALU.. MALUNYA.. TERAMATLAH MALUNYA!
Aduhai, setiap wanita
dikurniakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU si wanita tahu
menjaga kehormatannya
Kerana MALU si wanita tahu
menilai batas- batas sosialnya
Kerana MALU juga si wanita
gagal diperdaya pujukan nafsu
Kini si wanita itu sudah
hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu
terdedahlah auratnya lantas kehormatan diri tergadai
Kerana hilangnya MALU itu si
wanita gagal menilai apa itu HARAM apa itu HALAL
Kerana kehilangan MALU itu
si wanita lemas dan hanyut dengan tipudaya nafsu.
Aduhai, setiap lelaki juga
dikurnakan oleh ALLAH swt sifat MALU
Kerana MALU, si lelaki
nasihat diri dan si wanita agar bersama-sama jaga maruah diri dan MENJAGA AURAT
Kerana MALU, si lelaki
mengingatkan diri dan si wanita tentang batas- batas sosial pergaulan, HALAL
dan HARAM tu kena INGAT!
Kerana MALU itu, si lelaki
menjaga dan mendidik nafsunya… JANGAN mengajak si wanita berbuat DOSA. Selalu
mengingatkan dengan kata “TAKUT LAH AKAN ALLAH !”
Kini, si lelaki itu sudah
hilang MALUnya
Kerana hilang MALU itu si
lelaki MENGAJAK si wanita BERBUAT MUNGKAR
Kerana hilangnya MALU itu si
lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt
Kerana telah hilangnya MALU
itu si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH!
Sabda Rasullullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN…
Wahai si wanita dan si
lelaki janganlah menzalimi diri dengan meletakkan MALU itu bukan ditempatnya.
MALUlah kamu dengan ALLAH
swt kerana ingkar akan suruhannya
MALUlah kamu dengan
RASULLULLAH saw kerana meninggalkan
sunahnya
MALUlah kamu kerana lupa dan malas membaca AL-QURAN
MALUlah kamu kerana tidak menghormati GURU
MALUlah kamu kerana melawan kata IBUBAPA…
MALUlah kamu atas DOSA –DOSA
kamu
Maka percayalah bahawa MALU
itu akan menyelamatkan kita dari fahsyar
wal mungkar!!!
Khauthar~
27 Julai 2001