|
|
---|---|
Malam..... Keindahan, kesepian, kedinginan, kesyaduanmu meyimpan segala rahsia yang telah berlaku di zaman silam. Gelapmu kadang-kala jadi penyeri ibadat para abid yang merindukan Tuhan. Tapi adakalanya kesempatan bagi pendosa yang menyangka malam dapat melindungi ia dari penglihatan Tuhan-Nya. Kesunyian ditunggu oleh sepasang kekasih
memadu kasih. cumbu rayu menjadi bisikan yang gemersik menyuburkan kasih. Habibah Al-Adawiyah merintih di waktu malam: "Tuhanku, bintang-bintang telah menghilang di balik awan. Mata insan telah tidur lelap. Pintu-pintu istana para maharaja telah terkunci. Lalu setiap kekasih telah berdua-duaan dengan kekasihnya. Dan inilah aku tampil mengadap-Mu....." Dan malam juga adalah detik hamba yang
berdosa rujuk pada keampunanNya. Malam.... Uwais Al-Qarni meyambut kedatangan malam dengan katanya, "Ini malam rukuk," lalu beliau pun sembahyang dengan rukuknya panjang-panjang hingga menjelang fajar. Di malam yang lain ia berkata, "Inilah malam sujud." Lalu sujudlah beliau sepanjang malam sampai fajar tiba sebagai pamitan malam beransur hilang. Itulah malam pada Uwais Al-Qarni. Awas! kedatangan malam mungkin seiring dengan saat kematian. Tidurmu mungkin untuk selama-lamanya. Kegelapan malam mungkin bersambung ke alam kubur. Dan malam itu terakhir buatmu selama di dunia. Mungkin kerana menyedari hakikat inilah Rasulullah (saw) pernah mengajar kita berdoa ketika mahu masuk tidur, "Ya Allah, dengan nama-Mu Yang mematikan dan Yang menghidupkan." Esok ketika bangun dari tidur kita
dianjurkan berdoa, "Syukur kepada Allah yang menghidupkan kita
setelah kita dimatikan. Dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan."Tidur adalah lambang kematian. Dan malam, ketika
memejamkan mata di waktu malam, kenangilah walau sedetik saat kematian.
Mudah-mudahan kau dapat merasai secebis rasa seperti yang dialami oleh Malam adalah pesta ibadat bagi kekasih-kekasih Allah. Di sana mereka perolehi ketenangan. Ketenangan yang abadi.... kebahgiaan yang hakiki. Malam.... Malam.... wa'allahualam ukhuwwah fillah |