TIPS UNTUK MEMILIH BIDANG PENGKHUSUSAN

 

Tahun 2002 akan menyaksikan satu perkembangan baru bagi UNITAR dimana ramai para pelajarnya akan memasuki era baru – iaitu memasuki tahun akhir mereka di universiti maya ini.

 

Bagi kedua-dua fakulti, Pentadbiran Perniagaan dan Teknologi Maklumat, ramai para pelajar kini telah pun menamatkan pengajian tahun 2 dan 3 mereka  dan kini di ambang tahun ke 4 dan sepastinya kini sedang memikirkan bidang apa yang perlu dikhususkan sebelum memperolehi ijazah sarjana muda mereka sebelum menginggalkan UNITAR nanti.

 

Bagi para pelajar Teknologi Maklumat, UNITAR menawarkan tiga bidang pengkhususan iaitu : Multimedia, Kejuruteraan Softwer dan Sistem Maklumat.

 

Manakala bagi para pelajar Pentadbiran Perniagaan, terdapat beberapa bidang pengkhususan yang boleh dipilih iaitu Kewangan, Perakaunan, Sistem Maklumat Pengurusan, Pemasaran, Sumber Manusia dan Keusahawanan.

 

Sebelum membuat sebarang pengkhususan, para pelajar perlu meneliti beberapa kriteria agar membuat pilihan yang tepat bersesuaian dengan minat dan kebolehan kerana sebarang kesilapan di dalam membuat bidang pengkhususan akan menyebabkan kekecewan di kemudian hari.

 

TIP PERTAMA : Semak transkrip keputusan peperiksaan anda (Transkrip penuh boleh diperolehi di Bahagian Akademik, Tingkat 3, bangunan KLJ1). Buat penilaian terhadap kebolehan dan pencapaian anda setakat ini.

 

TIP KEDUA :  Buat kajian ringkas mengenai prospek setiap bidang pengkhususan untuk mengetahui bidang apa yang paling tinggi nilai pasaran kerjanya. Ini untuk mengelakkan anda mengganggur setelah tamat pengajian.

 

TIP KETIGA : Tanya diri anda apakah bidang pengkhususan yang anda minati. Kita perlu mengkhusus di dalam bidang yang kita minati jika ingin mendapat keputusan yang baik.

 

TIP KEEMPAT : Berbincanglah dengan rakan-rakan dan saudara mara. Pandangan-pandangan mereka boleh menjadi input berguna serta meluaskan skop pengetahuan anda tentang sesuatu bidang pengkhususan.

 

TIP KELIMA : Temuilah para pensyarah pilihan anda dan minta pandangan mereka terhadap bidang-bidang yang ditawarkan. Mereka mumpunyai pengalaman dan sepastinya mampu memberikan maklumat yang baik untuk anda membuat keputusan. Jangan malu untuk menunjukkan transkrip anda kepada mereka.

 

TIP KEENAM : Berjumpalah dengan Kaunselor UNITAR, Encik Mohd Azli Jailani dan Cik Nor Diana. Kedua-dua mereka terlatih untuk membimbing anda di dalam membuat penilaian dan pemilihan kursus.  Cik Nor Diana misalnya, adalah penerima Anugerah Di Raja dari Universiti Islam Antarabangsa dan tentunya mampu membantu anda di dalam keserabutan pemilihan itu.

 

TIP KEENAM : Temui senior-senior anda dan lihat pada matapelajaran bidang pengkhususan yang telah mereka ambil. Jangan hanya pertimbangkan faktor "minat" semata-mata mesekipun ia penting. Pastikan juga anda mempunyai kebolehan dan ketrampilan untuk mengikuti bidang pengkhususan tersebut.

 

TIP KETUJUH: Akhirnya, dirikan solat istikharah, meminta petunjuk Ilahi, bidang pengkhususan mana yang terlebih baik bagi dunia dan akhirat anda. Anda tidak akan terkecewa.

 

dibawa kepada anda oleh PERMAI ONLINE