SOLAT SUNAT ISTIKHARAH
1) Bilangan rakaat : 2
rakaat 1 salam
2) Waktu : Sebaik-baiknya sepertiga malam
Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
Baca ketika sujud yang terakhir
Baca doa ini selesai solat
Maksudnya:
Ya Allah, hamba
memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau Ya Allha.
Dan hamba memohon memberikan kepastian dengan ketentuanMu dan hamba
memohon dengan kemurahan Tuhan Yang Agung. Kerana sesungguhnya Engkaulah
Tuhan Yang berkuasa sedangkan hamba tidak tahu dan Tuhanlah Yang Amat
Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah jika pada ilmuMu bahawa persoalan ini baik bagiku dan agamaku maka
berikanlah
perkara ini kepadaku, permudahkanlah ia untukku kemudian Engkau curahkanlah
keberkatan bgaiku di dalamnya.
Ya Allah jika pada ilmuMu bahawa hal ini
tidak baik bagiku dan bagi agamaku, juga
tidak baik bagi penghidupanku dan tidak baik akibatnya kepadaku, jauhkanlah ia
darik. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini
orang yang rela atas ketentuanMu.