ISTERI SOLEHAH
Hak-Hak
Suami Dari Isterinya
- Isteri
yang sentiasa menjaga kebersihan, kesihatan, dan kesempurnaan dirinya,
rumahtangga serta anak-anak
- Isteri
yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia
menghomati dan menyayangi keluarganya sendiri.
- Isteri
yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan
pandangan matanya sendiri
- Tidak
membenarkan lelaki yang bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan
suami
- Isteri
sedia menjadikan suaminya sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.
Ini kerana sifat semuajadi yang telah Allah anugerahkan kepada kaum
lelaki.
- Isteri
sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan suaminya tidak bertentangan dengan perintah agama.
- Isteri
sedia memberikan layanan kasih sayang dan sehingga membuatkan suami
merasakan rumah tangganya itu adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan
kebahagian dari sebarang masalah kerja.
- Isteri
yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya begitu juga dengan
maruahnya sendiri ketika ketiadaan suaminya
- Isteri
mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau mengerjakan
puasa sunat.
- Isteri
mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar yang
sederhana serta tidak membazir cara ini dapat menyelamatkan suami dari
masalah kewangan
- Isteri
yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.
- Isteri
yang tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu untuk menunaikannya
- Isteri
yang sentiasa bersyukur dan tenang sama ada menerima nikmat atau dugaan dari
Allah.
- Sedia
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta
perintah Allah dengan tabah dan sabar.
- Berdiam
diri sambil mendengar bila
suaminya sedang bercakap.
- Isteri
yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila di perlukan
- Isteri
yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan sebaliknya pula bila
ketiadaan suaminya.
- Isteri
yang sentiasa mendahulukan keperluannya suami dari keperluannya sendiri
- Isteri
yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya.bersopan santun dalam
perkataan dan juga perbuataannya
- Isteri
yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya
dengan senyuman bila ia pulang
