warkah dari presiden

 



Alhamdulillah....segala puji bagi Allah SWT, ucapan syukur kita kerana dengan rahmat-Nya kita dapat bersama kembali bagi semester Ogos ini. Salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw yang telah mengorbankan segala-galanya bagi kepentingan umat.


Saudara/i yang dikasihi sekalian, usaha kita bagi semester lalu yang mana kesungguhan dan komitmen kita dalam menjalani pengajian semestinya berhadapan dengan pelbagai keperitan dalam pelajaran dan aktif berpersatuan. Ketahuilah kita semua segala yang telah kita dicurahkan demi memastikan kita mendapat keredhaan Allah SWT akan mendapat ganjaran diakhirat kelak.


Perjalanan kita dalam pengajian di UNITAR masih jauh dan banyak lagi perkara yang kita perlu pelajari sebagai asam garam kehidupan. Tetapi adakah dengan kedudukan kita yang statik mampu memberi kesan kepada peningkatan ilmu dan amal kita pada masa akan datang. Perkara ini hanya terdapat kepada mereka yang tidak mengharapkan segala usaha nya untuk kejayaan Islam.  


PERMAI pada sesi Ogos 2001, akan terus dijana bagi keberkesanan usaha-usaha Islam yang bersama saudara/i sekalian akan memperolehi kesejahteraannya di UNITAR ini. Jalinan pemikiran dan usaha antara setiap lapisan anggota keahlian PERMAI akan pastinya memberi satu impak yang dapat merencana dengan lebih berkesan dalam gerak kerja berpersatuan. Keanggotaan baru akan ditingkatkan, keserasian anggota lama akan terus di mantapkan, aktiviti PERMAI yang menjadikan setiap ahlinya untuk terus  mempunyai kemampuan untuk mempertingkatkan jatidiri masing-masing.Insya-Allah.

Keimanan dan ketaqwaan akan berkembang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Muslim melalui kerjasama dari kita semua melalui program-program usrah. Tiada yang lebih utama didalam diri kita ini selain sebagai seorang hamba Allah SWT, yang diberikan tugas sebagai khalifah yakni melaksanakan amar maaruf nahi mungkar. Dengan segala usaha yang telah dilaksanakan, maka kita akan bertawakkal kepada Allah SWT disamping memohon doa agar apa yang telah kita lakukan ini akan mejadi satu amal soleh kita didunia ini dan akan disaksikan kepada kita di akhirat kelak.

Segala yang baik adalah dari Allah SWT, dan segala silap dan salah adalah kerana kelemahan diri saya.



Wabillahitaufik wal hidayah,

Wassalamualaikim warahmatullahi wabarakatuh.



"Mahasiswa Menjana Idealisma Ummah"



MOHD IQBAL BIN BAKTI

PRESIDEN 2001-2002