Abad
21 amat mencabar kekuatan peradaban manusia. Kemajuan bangsa dan
negara amat bergantung kepada kemantapan tamadunnya. Cara hidup mestilah
diasaskan kepada nilai beragama sepenuhnya. Kemusnahan blok Komunis
dari segi geopolitik, ekonomi dan budaya adalah faktor kerosakan ideologi
manusia. Blok kapitalis juga tidak dapat diteladani kerana ianya
tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika dan Eropah
juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan. Islam berperanan
utama untuk menyelesaikan senario ini. Sistem ekonomi yang lebih
berkesan dan relevan dengan permasalah dan survival umat. Sebagai
sebuah negara Iislam di Asiia Pasifik, Malaysia perlu menyusun pembangunannya
dengan berakar umbikan kepada Al Quran dan Hadith. Sesungguhnya Islam
mengutamakan penyusunan masyarakat sesebuah negara.
Firman Allah bermaksud:
“Demi tiadalah Kami mengutuskan engkau
(wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat sekelian alam”
Al-Anbiya’ (21):107
PENDEKATAN KEPADA SISTEM EKONOMI
Islam adalah Ad-Deen yang merangkumi pengendalian
hidup individu, keluarga dan bernegara. Ad-Deen merupakan inti tamaddun
umat Islam. Semua cara hidup hendaklah diasaskan kepada falsafah
tauhid. Tauhid pula mestilah diarahkan kepada suasana al-‘Adl wal
Ihsan (keadilan dan kebajikan) iaitu:
Kegiatan ekonomi adalah fadhu ain ke atas seetiap Muslim.
Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Andainya seseorang yang mencari kayu api dan
dipikulkan di atas bahunya itu lebih baik daripada ia meminta-miinta pada
seseorang yang kadang-kadang diberi atau ditolak"
Riwayat Bukhari & Muslim
Untuk mendukung nilai etika setiap individu hendaklah berusaha mencapai beberapa matlamat berikut:
Latar belakang sejarah, kebudayaan, sikap, aspirasi dan kefahaman perlu difahami sedalam-dalamnya agar sistem ekonomi dan dapat diterapkan dengan hikmah, teratur dan menyeluruh. Sebenarnya sistem ekonomi Islam jika dilaksanakan dengan menyeluruh akan menguntungkan kesemua pihak. Adalah diharapkan sistem ekonomi Islam dapat difahami bukan sekadar keperluan ‘ritual’ sebaliknya dilaksanakan dalam ‘mainstream’ sistem ekonomii negara agar ekonomi Malaysia pada tahun 2020 terus berkembang.