Ucapan Penghargaan Dari Pemangku Presiden PERMAI

 

Bismillahirahmanirrahim.  
Alhamdulillahirabbil a'lamin.  
 
Pertamanya, marilah kita memanjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan takdir dan ketentuanNya kita masih lagi dapat meneruskan kehidupan di dunia ini. Dengan rahmat dan barakah Allah kita dipertemukan bagi mengingati antara satu sama lain bagi kita melaksanakan tuntutan Islam dan perjuangan Rasulullah S.A.W. Selawat dan salam untuk Baginda dan para sahabat serta kaum muslimin dan muslimat samaada yang hidup atau yang telah meninggal dunia.  
 
Dikesempatan ini, saya yang juga selaku Setiausaha WANSOL 2002 ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi tahniah dan penghargaan kepada   :

Ybg Dato' Dr. Syed Othman Al Habshi ( Presiden & CEO UNITAR )  
Prof. Dr. Syed Abdul Hamid Al Junid ( Timbalan Presiden Akademik & Hal Ehwal Pelajar UNITAR )  
Datin Sharifah Fatma Al Junid ( isteri YBhg Dato'  Presiden)  
Puan Syarifah Norasiah (isteri Yang Bhg Timbalan Presiden)
Tuan Haji Ismail Jaafar & isteri ( Pengurus Kanan HEP )
Prof. Madya Syed Omar Syed Agil ( Penasihat PERMAI )  
Dr. Robiah Khir Hamzah ( Kaunselor/ Ahli Panel )  
Dr. Fatma Az-Zahraa ( Penceramah )  
Ustazah Rose Aiza (Penasihat Kehormat HELWI)
En Azli Jailani ( Kaunselor UNITAR )  
Saudara Zulkiply Harun (Penasihat 2 PERMAI)
Saudari Zulaikha Ibrahim (Pengarah Program WANSOL 2002)
Presiden MPM dan barisan jawatankuasanya
Presiden dan Pengerusi Persatuan & Kelab UNITAR
Barisan AJK PERMAI, Dynamic Group dan Program WANSOL 2002
Kumpulan Nasyid An-Nazirin
Para wartawan dan pihak Majalah Muslimah, Pustaka Salam, Hijjaz Music Entertainment Sdn Bhd  
Para pensyarah UNITAR  
para penaja serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan WANSOL 2002 pada Sabtu 6.4.2002 yang lalu.   
 
Tanpa komitmen yang jitu dari semua dan ketentuan Allah kami tidak dapat menjayakannya, terutama kepada Jawatankuasa WANSOL 2002 yang bersungguh-sungguh di dalam pelaksanaan dan memastikan ianya berlangsung dengan jayanya.  
 
Oleh yang demikian, pihak pengajur akan memberikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada semua peserta. Ianya akan dilakukan sedikit masa lagi. Insya-Allah. Sila dapatkan maklumat tersebut dari masa ke semasa.  
 
Foto dan barangan WANSOL 2002 akan diedarkan sedikit masa lagi. Sila dapatkannya.  
 
Semoga segala usaha dan urusan kita diberkati dan mendapat keredhaan Allah dunia dan akhirat.  
 
Sekian  WABILLAHIT TAUFIQ WAL-HIDAYAH,
Wassalam wm wbt.
 
 
Muhammad Hasan Abd Hamid  
Pemangku Presiden PERMAI   
 
"Mahasiswa Menjana Idealisma Ummah"