VOISS
VERSI 2000 GANTI VOISS 1.0?
![]() |
VOISS 1.0 |
Virtual Online Instructional
Support System (Sistem Sokongan Maya Untuk Arahan Dalam Talian) ringkasnya
VOISS yang digunakan oleh UNITAR sebagai satu media sokongan untuk pembelajaran
maya di Universiti Tun Abdul Razak telah disekat menyebabkan para-pelajar
terpinga-pinga untuk mengakses maklumat mengenai kedudukan mereka di universiti
ini.
VOISS
tersebut telah tidak dapat diakses seminggu sebelum cuti perayaan Hari Raya
yang lalu dan sehingga kini (setelah tiga minggu), ianya masih tidak dapat dibuka.
Percubaan
PERMAI ONLINE untuk mendapatkan maklumat mengenai sistem VOISS yang telah
disekat gagal untuk menerima sebarang maklumbalas.
VOISS
1.0 telah digunakan oleh para pelajar UNITAR semenjak penubuhannya itu mempunyai
dua modul – satu untuk para pensyarah dan satu lagi untuk para pelajar.
Ia dibangunkan oleh anak
syarikat UNITAR, United Multimedia (UMM) yang menggabungkan beberapa teknologi
web seperti Java Beans, Java Servlet, Active Server Page dan Oracle serta
mengandungi 18 ciri-ciri utama seperti Kuiz, Forum, Assignment, Bulletin, Email
dan sebagainya.
Oleh kerana ia menggunakan
ASP, VOISS memaksa para penggunanya menggunakan Internet Explorer 4.0 ke
atas. Namun dengan wujudnya Nescape versi 6.2 yang mendokong
ciri-ciri ASP, VOISS sudah boleh dipaparkan dengan baik menggunakan Netscape selain
dari Internet Explorer.
Walaubagaimana
PERMAI ONLINE tidak dapat mempastikan samada ianya dapat dipaparkan melalui
browser Opera, Neo Planet, Mozilla dan lain-lain.
Sehingga kini, hanya
UNITAR yang menggunakan VOISS 1.0 dan UMM kini sedang giat untuk mengusahakan
VOISS versi 2000 setelah didapati bahawa VOISS 1.0 mudah ditembusi dan
diceroboh oleh para pelayar web.
Samada para pelajar akan
menggunakan VOISS versi 1.0 atau versi 2000, atau menggunakan sistem yang
berbeza samasekali dari dua sistem yang tersebut di atas, PERMAI ONLINE belum
mendapat sebarang maklumat mengenainya.