PERHIMPUNAN FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

 

 

KELANA JAYA :  Pada 20 Mac yang lalu, Fakulti Pengurusan Perniagaan telah menganjurkan satu Majlis Pertemuan di antara semua pelajar jurusan pengurusan perniagaan bersama-sama para pensyarah fakulti di Dewan Unitar Kelana Jaya.

 

Majlis tersebut diadakan pada dua sessi. Sessi sebelah paginya untuk para pelajar tahun 1 dan 2 sementara sebelah petang untuk para pelajar tahun 3 dan 4.

 

Pertemuan yang julung kali diadakan itu ialah untuk merapatkan hubungan mahasiswa-pensyarah fakulti pengurusan perniagaan.

 

Menurut Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan, Prof Madya Ahmad Zohdi Abdul Hamid di dalam ucapannya, pertemuan tersebut adalah satu usaha fakulti dimana para mahasiswa/I dapat berinteraksi terus dengan para pensyarah.  Fakulti sentiasa merancangkan untuk mempertingkatkan hubungan ditara mahasiwa-pensyarah supaya dengannya para pelajar dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi secara kolektif.

 

Pada Majlis itu juga Prof Madya Ahmad Zohdi turut melancarkan lamanweb fakulti yang boleh diakses terus dari lamanweb UNITAR. Laman web ini dihasilkan oleh webmaster fakulti Sdra Nurul Ehsan. Lamanweb tersebut diwarnakan dengan warna merah tua yang merupakan warna rasmi fakulti. Ia memaparkan maklumat mengenai fakulti seperti peraturan-peraturan akademik, maklumat berkenaan program-program akademik yang dikendalikan oleh fakulti dan sebagainya.

 

Majlis Pertemuan tersebut menyaksikan juga seramai 12 orang para pelajar tahun 1 dan 2 menerima Sijil Anugerah Penghormatan Dekan sebagai pengiktirafan pencapaian akademik mereka yang baik untuk semester lepas pada sessi sebelah pagi. Sementara 4 orang pula dari tahun 3 dan 4 pada sessi petangnya.  Sijil Anugerah Penghormatan Dekan telah disampaikan oleh Encik Abdul Aziz Mohamed yang merupakan Ketua Jabatan Akademik UNITAR dan juga salah seorang ahli senate Universiti.

 

Semua para pensyarah telah memperkenalkan diri mereka seorang demi seorang di majlis tersebut dan telah menyampaikan kata-kata nasihat dan panduan kepada para pelajar.  

 

Rata-rata para mahasiswa amat gembira dengan pertemuan yang diadakan tersebut. Salah seorang pelajar tahun tiga iaitu Rafidahtul Akmar menyatakan seelok-eloknya Pertemuan ini diadakan serentak untuk semua para pelajar tahun 1 hingga 4. Ini akan membolehkan para pelajar baru mengenali senior-senior mereka yang mana hal ini amat penting terutama di dalam proses interaksi mahasiswa seperti yang diharapkan oleh pihak fakulti.

 

Laporan oleh PERMAI ONLINE