(Terjemahan “THE INVISIBLE
AFGHANISTAN” OLEH SYED RAHMATULLAH HASHEMI)
[ Catatan: Sayyid Rahmatullah Hashemi, Duta bagi Afghanistan telah melawat US
awal tahun2001 ini. Berikut adalah cebisan dari transkrip ceramah
beliau di Universiti Southern California di Los Angeles, pada March 10, 2001]
Telah difirmankan dalam Al Quran, "Hai orang-orang yang beriman,
jika datang kapadamu orang fasik membawa suatu berita,maka periksalah dengan
teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa
mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu nanti menyesal atas perbuatanmu
itu." [Al-Hujurat 49:6]
" Saya baru sahaja berbincang dengan sekumpulan cerdik pandai (di
Universiti Southern California), dan mereka memulakanperbualan dengan topik
patung-patung (Buddha yang dimusnahkan). Sangat dikesalkan kerana begitu
sedikit yang mereka ketahui (mengenai Afghanistan). Tidak seorang (dari cerdik
pandai tersebut) mengetahui akan bermacam masalah yang dihadapi oleh
Afghanistan. Danhanya tentang patung-patung tersebut sahaja yang mereka ketahui
mengenai Afghanistan.
Afghanistan dipanggil "Crossroads of Asia". Kami telah
menderita kerana kedudukan negara kami yang strategik ini. Kami telahmenderita
dalam abad ke-18, abad ke-19, dan kami masih menderita dalam abad ini. Kami
tidak menyerang British. Kami tidak menyerang Russia. Mereka yang menyerang
kami. Oleh itu masalah-masalah yang timbul di Afghanistan bukan dari perbuatan
kami sendiri.
Pencerobohan Soviet
Masalah yang dihadapi sekarang ini di Afghanistan bermula pada 1979.
Afghanistan adalah negara yang sukakan keamanan.Tetapi pihak Russia dengan
tentera seramai 140,000 anggota telah menyerang Afghanistan pada bulan Disember
1979, iaitu lebihkurang 21 tahundahulu,dan telah menjajah selama satu dekad,
membunuh 1.5 juta rakyat Afghanistan, melumpuhkan sejuta orang, dan 6 juta
orang dari jumlah rakyat seramai 18 juta telah melarikan diri dari kekejaman
Russia dan bermastautin dinegara-negara lain. Di masa ini pun anak-anak kami
mati kerana bahana periok api (land mines) yang ditanam oleh pihak Russia. Dan
tidak siapa di dunia luar mempedulikan hal ini.
Selepas Russia Dikalahkan
Masa penjajahan Russia, pihak kerajaan US, Britain, Peranchis dan China
membantu kumpulan pembebasan yang dipanggil Mujahideen.Hanya 7 kumpulan
Mujahideen beroperasi dari Pakistan sementara 8 kumpulan yang lain bertindak
dari Iran dalam memerangi pihak Russia. Selepas Russia kalah, kesemua
kumpulan-kumpulan Mujahideen ini kembali ke Afghanistan dengan fahaman yang
berlainan dan senjata yang banyak. Mereka tidak bersatu dibawah satu
pemerintahan tetapi telah bertelingkah sesama sendiri diAfghanistan. Kemusnahanakibatdari
pertemporan sesama sendiri itu lebih teruk dari kemusnahan yang dialami semasa
penjajahan Russia. Seramai 63,000 orang telah terbunuh di Kabul. Seramai sejuta
rakyat lagi melarikan diri dari situasi huruhara tersebut ke negara-negara
lain.
Munculnya Taliban
Melihat huruhara dan kemusnahan yang berlaku itu, sekumpulan pelajar-
pelajar yang dipanggil Taliban (Taliban maknanya pelajar-pelajar) telah
menubuhkan gerakan pelajar pelajar. Taliban bermula di sebuah perkampungan di
Kandahar yang terletak di wilayah selatan Afghansiatan. Taliban mula wujud
sebagai sebuah gerakan apabila seorang `warlord' (ketua kumpulan bersenjata -
bandit) telah menculik dan memperkosa dua kanak-kanak perempuan.Ibu bapa
kanak-kanak perempuan tersebut telah pergi ke sebuah `sekolah agama pondok' dan
meminta guru disekolah tersebut menolong mereka.
Guru tersebut bersama-sama 53 orang murid beliau, dengan bersenjatakan
hanya 16 senapang, telah pergi menyerang pengkalan komander tersebut. Selepas
membebaskan kedua kanak-kanak perempuan yang diculik itu, mereka telah
mengantung mati komander. Ramaiorang-orang komander tersebut turut digantung.
Kisah ini tersebar luas. BBC telah juga melaporkannya. Mendengar kisah
ini, ramai lagi pelajar-pelajar telah menyertai gerakan (Taliban) tersebut, dan
mereka mula bertindak dengan merampas senjata-senjata dari semua puak-puak
bandit. Gerakan pelajarini-Taliban- kini menguasai 95% Afghanistan termasuk ibu
negara di Kabul. Hanya segelintir dari puak-puak bandit terus bermaharajalela di
secebis bahagian utara Afghanistan (mereka ini adalah Northern Alliance).
Kejayaan Taliban
Kami (Taliban) baru memerintah selama 5 tahun, dan berikut adalah
kejayaan kami yang tidak diketahui oleh dunia:
1.) Pertamanya kami
telah menyatukan negara yang berpecah-belah. Afghanistan sebelum ini berpecah
kepada lima kawasan-kawasan. Kami menyatukannya, sesuatu yang gagal dilakukan
oleh lain-lain pihak.
2.) Perkara Kedua
yang telah kami lakukan, yang gagal dilihat, adalah melucutkan senjata yang
dimilikki rakyat. Selepas peperangan dengan Russia, hampir setiap orang Afghan
memilikki Kalshnikov, dan juga senjata canggih seperti stinger missiles,dan ada
yang memilikki pesawat dan helicopter pejuang. Melucutkan senjata mereka
kelihatan mustahil. Bangsa-bangsaBersatu (PBB) menawarkan US$3billion untuk
membelibalik senjata-senjata itu. Dan kerana ianya tidak praktikal maka
rancangan PBB tersebut tidak diteruskan, dan dunia pun melupakan Afghanistan.
Tetapi kami telahberjaya melucutkan senjata di 95% kawasan negara Afghanistan.
3.)
Kejayaan kami yang ketigaadalah membawa Afghanistan dibawah
satu pentadbiran, sesuatu yang tidak wujud selama 10 tahunsebelum kami ambil
alih.
4.)
Kejayaan kami yang keempat, yang mengkagumkan ramai orang,
adalah memusnahkan sebanyak 75% tanaman candudunia. Sebelum kami
enghapuskannya, 75% bekalan candu dunia dihasilkan di Afghanistan. Dan pada
tahun lepas kami mengeluarkan perintah mengharamkan penanaman candu, dan pada
tahun ini 2001, ketua Program Kawalan Dadah PBB dibawah naungan UNDCP, Encik Barnard
F. Dengan bangganya mengistiharkan Afghanistan bebas sepenuhnya dari tanaman
candu - 0% of opium cultivation. Zero, zilch, kosong - langsung tak ada lagi. Malangnya seramai
700 pakar UNDCP yang memantau tanaman candu telah kehilangan kerja. Pakar-pakar
PBB itu tidak menyukai bila kami mengeluarkan perintah mengharamkan tanaman
candu. Dan tahun ini mereka kehilangan kerja.
5.)
Kejayaan kami yang kelima adalah memulihkan hak-hak asasi
manusia di Afghanistan. Memangnya ramai yang telah menuduhkamimelanggar hak-hak
asasi manusia. Realitinya adalah kami sebenarnya telah memulihkan hak-hak asasi
manusia. Antara hak-hak asasi bagi seseorang manusia adalah hak untuk hidup
dengan selamat. Sebelum Taliban memerintah, tidak seorang pun di Afghanistan
boleh hidup dengan selamat.
Malah perkara pertama yang kami lakukan adalah mewujudkan keadaan yang
selamat dan aman. Keutamaan kami yang kedua adalah memulihkan sistem kehakiman
yang bebas dan adil. Rakyat Afghanistan tidak perlu membayar untuk mendapat
pengadilan seperti yang berlaku di Amerika Syarikat. Di Afghanistan anda tidak
perlu membeli keadilan. Di Afghanistan pengadilan adalah percuma dan mudah
diperolehi.
Hak-hak Kaum Wanita
Kami (Taliban) telah dikritik kononnya kami melanggar hak-hak wanita.
Adakah anda (di Amerika) ketahui apa yang berlaku sebelum kami memerintah? Saya
lihat dalam dewan ini ada beberapa orang Afghan yang bermastautin di sini, dan
mereka pasti akan bersetuju dengan saya bahawa sebelum Taliban memerintah, kaum
wanita di kawasan luar bandar diperlakukan sebagai binatang. Mereka dijual.
Kami(Taliban) menghapuskan amalan yang sangat keji ini.
Kaum wanita tidak berhak bersuara dalam pemilihan suami bagi mereka.
Antara perkara yang pertama Taliban lakukan adalah memberi wanita hak untuk memileh
bakal suami masing-masing.
Suatu lagi yang jelek yang berlaku ke atas kaum wanita di Afghanistan
adalah mereka ditukar-tukar sebagai hadiah. Sememangnya amalan ini bercanggah
dengan agama. Ia sebenarnya merupakan budaya. Adalah menjadi tradisi bila dua
puak yang bertempor ingin berdamai,maka mereka akan bertukar-tukar wanita. Dan
amalan keji ini sudah dihentikan oleh Taliban.
Berlainan sekali dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan, kaum wanita
di Afghanistan sebenarnya diidzin bekerja. Kami akui sebelum1996, iaitu sebelum
kami menalukki ibu negara, Kabul, kami telah meminta kaum wanita supaya dudok
rumah. Tetapi kami tidak sekali-kali berniat untuk menyuruh mereka dudok rumah
buat selama-lamanya. Kami menerangkan kepada kaum wanita bahawa mereka perlu
dudok rumah keranapada masa itu keadaan huruhara tanpa kuatkuasa undang dan
oleh itu tidak selamat bagi wanita keluar rumah.
Kini kami sudah melucutkan senjata-senjata milek persendirian, kami
sudah menguatkuasakan undang-undang, maka dengan keamanan tersebut wanita sudah
dibenarkan bekerja semula. Kami akui wanita-wanita kami tidak dibenarkan
berkhidmat Kementerian Pertahanan seperti di Amerika ini. Kami tidak mahu
wanita kami jadi pilot jet pejuang, atau diperalatkan sebagai objek-objek
menghiasi iklan-iklan. Tetapi wanita kami memang dibenarkan berkerja. Mereka
bekerja di KementerianKesiahatan, Kementerian Dalam Negeri, pendidikan,
kebajikan awam dan seterusnya.
Kami juga tidak menghalang kaum
wanita untuk mendapat pendidikan. Kami telah menyatakan kami mahu wanita diberi
pelajaran, dan kalau pun tidak ada tekanan dari pihak luar kami tetap akan
memberi pelajaran kepada kaum wanita kami, ini adalah pegangan kami. Kami
diperintah (oleh Allah) untuk memberi pelajaran kepada kaum wanita. Bila kami menetapkan
sekolah-sekolah berasingan untuk lelaki dan wanita, ianya tidak bermakna kami
tidak ingin wanita diberi pendidikan. Memang benar kami menentang
`co-education' (sekolah campuran lelaki-perempuan), tetapi tidaklah benar sama
sekali untuk menuduh kami menyekat kaum wanita dari mendapat pendidikan.
Kami ada sekolah-sekolah, tetapi masalahnya adalah sumber-sumber
pembiyaan. Sebelum kami mengambil alih pemerintahan terdapat bermacam sukatan
pelajaran-kurikulum yang mendidik taat setia kepada keluarga di raja, sukatan
pelajaran ala komunis, dan kurrikulum yang diperkenalkan oleh bermacam pihak.
Oleh demikian, pelajar-pelajar menjadi bingong. Kami sudah pun dapat menyatukan
semua kurrikulum yang bercanggah-canggah itu.
Baru-baru ini kami membuka semula Fakulti Perubatan di Kandahar dan
lain-lain bandar utama di Afghanistan. Terdapat lebih pelajar wanita dari
lelaki yang mengikuti kursus perubatan tersebut. Tetapi mereka diasingkan. Dan
pihak Sweden telah membantu mendirikan sekolah- sekolah perempuan. Memangnya
masih tidak mencukupi, tetapi ini sahaja yang kami mampu buat masa ini.
Osama bin Laden
Kami juga dituduh membiayai keganasan. Dan nampaknya bagi orang Amerika
keganasan itu hanyalah Osama bin Ladin. Sekarang saya ingin memberitahu anda
semua bahawa Osama bin Laden sudah menetap di Afghanistan selama 17 tahun,
iaitu sebelum Taliban wujud.
Bin Laden sudah lama berada di Afghanistan untuk memerangi Soviet
Union, dan Ronald Reagan, presiden Amerika ketika itu, juga Dick Chenney, telah
memberi sanjungan kepada Osama bin Laden dan kumpulannya sebagai
pejuang-pejuang pembebasan (freedom fighters) atau wira-wira yang
memperjuangkan kemerdekaan (Heroes of Independence), sebab perjuangan Bin Laden
dan kumpulannya ketika itu sejajar dengan dasar Amerika menentang Soviet Union.
Tetapi sekarang ini bila Soviet Union sudah runtuh dan berpecah, orang-orang
seperti Bin Ladin tidak lagi diperlukan oleh Amerika, dan Amerika melabel
mereka sebagai pengganas dan diburu.
Dari disanjung sebagai wira-wira kepada diburu sebagai
pengganas-pengganas Islam. Kaedahnya agak sama dengan Yasser Arafat yang
dulunya pengganas tetapi sekarang di anggap wira (boneka barat).
Sebenarnya tidak ada bedza antara keganasan yang Osama bin Laden
dituduh melakukan dengan kekejaman serangan missiles berpandu pada 1998 ke atas
Afghanistan. Kedua-duanya tidak diistiharkan terlebeh dahulu, dan kedua-duanya
membunuh orang awam. Jika tindakan keganasan yang Bin Laden dituduh melakukan
itu sesutau yang sangat kejam, maka serangan missiles Amerika keatas
Afghanistan juga sesuatu tindakan yang sangat kejam kerana orang-orang awam
telah terbunuh.
Kerajaan United States cuba
membunuh Osama bin Laden tanpa memberi beliau terlebih dahulu pengadilan. Pada
tahun 1998 pihak US menyerang Afghanistan dengan missiles, dan pihak US dengan
selamba mengumumkan mereka cuba hendak membunuh Osama bin Laden. Pada ketika
itu Osama bin Laden tidak dikenali oleh orang-orang Afghanistan. Saya sendiri
tidak kenal padanya. Oleh demikian kami semua terperanjat.
Saya antara ramai yang berada dirumah pada malam tersebut. Saya
dipanggil hadhir mesyuarat tergempar dan kami diberitahu bahawa United States
telah menyerang Afghanistan. Dengan 75 cruise missiles Amerika cuba membunuh
satu orang. Dan mereka gagal menemui sasaran, dan yang dibunuh adalah 19 orang
kanak-kanak sekolah, dan Amerika tidak pernah meminta maaf atas pembunuhan
tersebut.
Syor-Syor Taliban Berhubung Osama Bin Laden
Kami bersikap terbuka dalam isu Osama bin Laden. Kami telah menyatakan
jika Osama bin laden benar-benar terlibat dalam serangan keatas kepentingan US
di Kenya/Tanzania, jika boleh diberi kami buktinya bahawa Osama bin Laden
memang terlibat, kami pasti akan menghukum beliau. Tidak sesiapa dapat memberi
kami bukti tersebut. Kami membawa beliau ke pengadilan selama 45 hari dan tidak
sesiapa pun memberti kami sebarang apa bukti.
United States memberitahu kami bahawa mereka tidak percayakan sistem
kehakiman kami. Kami hairan apakah sistem kehakiman yang mereka amalkan.
Bukankah mereka baru sahaja mencuba membunuh saorang tanpa terlebih dahulu
memberi orang itu pengadilan yang saksama. Kami di Afghanistan, jika sesaorang
itu dianngap penjenayah, pihak polis kami tidak akan pergi memusnahkan rumah
orang itu, beliau akan diheret terlebih dahulu ke mahkamah.
Syor kami yang pertama telah ditolak. US berkata mereka tidak percaya
dengan sistem kehakiman kami, oleh itu kami kena serahkan Osama bin Laden. Kami
mencadangkan pula dihantar ke Afghanistan satu pasukan pemantau antarabangsa
untuk mengesan aktiviti Osama bin Laden, supaya beliau tidak boleh lakukan
apa-apa. Kami telah pun merampas segala alat komunikasi kepunyaannya. Syor kami
ini juga ditolak.
Syor kami yang ketiga pada 6 bulan yang lepas adalah kami bersedia
menerima jika Osama bin Laden dibawa ke pengadilan di negara Islam ketiga. Ini
juga telah turut ditolak oleh US.
Afghanistan bukan negara terrorist. Kami tidak pun berupaya membuat
jarum oleh itu bagaimanakah kami boleh menjadi ancaman kepada dunia ini?
Sebenarnya negara yang membuat senjata nuklear yang boleh membunuh berjuta
manusia yang patut dipanggil negara terrorist. Dan bukannya kami.
Sekatan Ekonomi
Kini kami dikenakan sekatan ekonomi yang menimbulkan banyak masalah.
Kami telah menderita begitu lama - 23 tahun berperang, infrastruktur kami habis
musnah, masalah orang pelarian, dan masalah periok api yang sengaja ditanam
oleh Russia di ladang-ladang kami --- tetapi tiba-tiba Bangsa-bangsa Bersatu
dengan hasutan Russia mengenakan sekatan ekonomi keatas Afghanistan. Dan sekatan
ekonomi itu dikuatkuasakan. Beratus kanak-kanak mati setiap bulan kerana
kekurangan makanan dalam keadaan iklim yang sejuk. Dunia buat tidak peduli.
Tetapi dunia mengambil
berat tentang patung-patung yang dimusnahkan.
Pemulihan Patung Tetapi Manusia Dibiarkan Mati
Kerana dunia memusnahkan masa depan kami dengan sekatan ekonomi, maka
dunia tiada hak merasa bimbang terhadap warisan kami. Kami memusnahkan
patung-patung Buddha tersebut ekoran dari langkah UNESCO yang sudah dihakis
oleh hujan. Majlis Rakyat Afghanistan memohon agar duit untuk memulihkan
patung-patung tersebut digunakan untuk menyelamatkan nyawa kanak- kanak
Afghanistan yang kebuluran akibat sekatan ekonomi PBB. Tetapi UNESCO dan NGO
tersebut menjawab,"Tidak boleh, duit ini hanya untuk patung-patung."
Rakyat Afghanistan berasa terlalu marah kerana pihak UNESCO dan NGO
yang berkenaan menganggap orang Afghanistan sebagai sampah. Dan orang
Afghanistan pun berkata, kalau kamu tidak langsung pedulikan anak- anak kami
yang kebuluran itu, kami akan musnahkan patung-patung tersebut.
Kalau kamu berada dalam keadaan sedemikian apakah yang akan kamu
lakukan? Anak-anak kamu hendak mati di depan mata kamu, kamu dibawah sekatan
ekonomi, dan orang-orang yang mengenakan sekatan ekonomi keatas kamu itu telah
datang untuk membaik pulih patung-patung. Apa yang akan kamu lakukan?
Kofi Annan
Dan Kofi Annan, Setiausaha Agong Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia pergi ke
Pakistan dan berjanji untuk menemui wakil Afghanistan di sana. Tetapi orang
bernama Kofi Annan ini tidak langsung mahu ambil peduli penderitaan anak-anak
kami akibat sekatan ekonomi PBB. Kofi Annan juga tidak langsung mahu bercakap
tentang penderitaan 6 juta rakyat kami yang tinggal di perkhemahan-perkhemahan
pelarian. Kofi Annan enggan sama sekali untuk membincangkan masalah kemiskinan
di Afghanistan. Kpfi Annan hanya mahu membincangkan pasal patung-patung Buddha
yang ingin dibaik pulih itu.
Ini benar-benar tidak patut. Mereka ini tidak langsung ambil peduli
penderitaan anak-anak kami atau orang-orang Afghanistan kami yang hampir mati
kerana kebuluran dan tidak cukup ubatan akibat sekatan ekonomi mereka. Yang
mereka pentingkan adalah patung-patung. Maka kami memusnahkan patung-patung
tersebut.
Dan saya percaya sekatan ekonomi yang dikenakan keatas negara kami,
Afghanistan, tidak akan diubah selagi kami tidak mengubah pengangan (agama
Islam) kami, dan sememangnya kami tidak akan sekali-kali berganjak, kerana bagi
kami pegangan (agama Islam) kami adalah segala- galanya. Sesiapa yang cuba
memaksa kami mengubah pegangan agama kami dengan sekatan eknomi tidak akan
berjaya. Mungkin cara ini boleh berjaya di Amerika, sebab di Amerika ekonomi
dan duit itu adalah segala-galanya. Tetapi bagi kami agama Islam kami adalah
segala- galanya. Dan kami berpegang teguh kepada kepercayaan adalah lebih elok
mati kerana agama kami daripada hidup yang sia-sia.."
[Catatan : Sayyid Rahmatullah Hashemi memberi ceramah ini di Los
Angeles 6 bulan
sebelum berlakunya serangan ke atas WTC-Pentagon]