KEPIMPINAN ABAD Ke-21
Setiap individu mempunyai kebolehan memimpin dan boleh memainkan peranan sebagai pemimpin didalam setiap masa. Komsep kepimpinan amat penting dan ia harus difahami dengan betul. Pemimpin bukan bermakna mempunyai kuasa tetapi ia merupakan kepimpinan yang mementingkan pencapaian matlamat organisasi itu sendiri. maka dalam mencapai keunggulan matlamat, ia hanya boleh dicapai oleh pemimpin yang paling awal tahu serta paling awal bertindak.
Perkara yang
lebih asas dari semua itu adalah kesedaran tentang erti kepimpinan sebagai
"taklif" (amah dan tanggungjawab), bukannya "tashrif" (kemegahan
dan kebesaran), silap besar kalau ada individu yang menganggap ia adalah
merupakan sesuatu kedudukan yang sedap. Maka bagi menghadapi
kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di abad ke-21, kita memerlukan pemimpin
yang berwawasan, berpandangan futuristik-futuristik dan bertindak positif.
Kualiti ini hanya ada padda pemimpin yang mempunyai "intellectual
prowess", kekuatan dan keberanian keilmuan. Antara ciri utama bagi setiap
pemimpin sesebuah organisasi adalah seperti berikut :
1. Bahasa
Mencapai Visi
Membangunkan visi secara
bersama dan membentuk kekuatan sesebuah organisasi adalah keperluan utama dalam
memulakan tindakan. Usaha-usaha
kearah membina kekuatan spiritual, menjelaskan maksud dan tujuan usaha-usaha
berkumpulan membenarkan ahli bertindak mengikut bidang yang mereka cenderung
akan mengekalkan motivasi diri ahli.
2. Memimpin Bersama
Dalam sesebuah
organisasi, peranan kepimpinan adalah dikongsi bersama dan setiap individu
mengambil tanggungjawab untuk proses kumpulan dan gerak kerja. Kepercayaan,
kejujuran dan komunikasi terbuka dibina dikalangan ahli kerana ia merupakan satu
keperluan. Pemimpin- pemimpin yang dibentuk akan menjadi contoh memberi galakan,
boleh mendidik, bijak mengagihkan kerja dan memberi perkhidmatan kepimpinan yang
terbaik.
3. Belajar Bersama
Keberkesanan kepimpinan
adalah berdasarkan pengetahuan untuk mencapai visi dna mempunyai maklumat yang
cukup untuk bertindak. Ahli kumpulan bukan sahaja mencurahkan pengetahuan tetapi
juga meningkatkan pengetahuan melalui proses kitaran pembelajaran yang
melibatkan perancangan,perlaksanaan dan tindak balas bersama.
4. Membentuk Komuniti
Perkara utama dalam
nilai-nilai kepimpinana ialah komuniti yang perihatin di samping mempunyai
kekuatan, kepercayaan antara perhubungan antara ahli organisasi yang terbentuk
bagi mencapai visi, memimpin, belajar dan tindakan secara bersama.
5. Pembinaan Tenaga Kerja
Pembinaan tenaga kerja
secara berkumpulan adalah keupayaan organisasi untuk membentuk dan menggunakan
sumber-sumber yang perlu bagi mencapai matlamat. Tenaga kerja berkumpulan
memerlukan rasa bersama individu dalam mencapai visi, proses pembelajaran,
membuat keputusan dan tindakan.
6. Bertindak Bersama
Bertindak bersama
memfokuskan tenaga kerja berkumpulan dan bersedia mengorbankan diri untuk
mencapai visi. Proses tindakan ini memerlukan tenaga berkumpulan, analisis
politik dan penyusunan strategik serta menguruskan esset-esset yang ada didalam
komuniti. Pemimpin dan ahli-ahli mestilah komited dalam proses tersebut,
dedikasi dalam menjaga kebajikan dan menjauhkan diri dari keperluan menjaga
kuasa yang dimiliki.
7. Komunikasi
Sesebuah organisasi yang
ingin mempunyai nilai-nilai kepimpinan untuk komuniti mestilah mempunyai
kekuatan peribadi dalam berkomunikasi dan sentiasa ditingkatkan memalui dialog
dan mendengar agar pemahaman secara praktikal, maklum balas trhadap pandangan
orang lain, menanamsifat fikiran terbuka dan boleh menerima pandangan yang boleh
ditarima bersama.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengambil jadi walimu (pemimpin/ketua), orang-orang yang membuat agamamu jadi sebuah ejekan dan permainan, (yaitu) diantara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang kafir (orang musyrik). Dan bertaqwalah kepada Allah S.W.T jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman"
(Surah al-Maidah : ayat 57)