PERMAI ONLINE TERUS MAJU KEHADAPAN
HARI INI, 29 Julai 2001, genaplah 2 bulan usia PERMAI ONLINE. Tiada siapa menduga, laman web yang direka secara tergesa-gesa untuk Program Pengukuhan Ukhwah Persatuan Mahasiswa Islam UNITAR (UNITAR) yang dilancarkan oleh Presiden UNITAR, Datuk Prof Dr Syed Othman Al-Habshi pada 29 Mei 2001 yang lalu, kini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan bukan sahaja dari mahasiswa/i dan kakitangan UNITAR, malah dari masyarakat Islam dari seluruh pelusuk negara.
Tanggal
28 Julai 2001, seperti seolah-olah langit merestui sambutan PERMAI
ONLINE yang kedua
bulan, mencatatkan jumlah pengunjung yang ke 5000 tepat jam 1.10 tengahari
dan ianya sempat dirakamkan oleh salah seorang kakitangan sebuah pejabat swasta
di ibukota (lihat imej sebelah).
Dengan pengunjung sebegitu ramai untuk jangka waktu yang hanya dua bulan dari hari pelancarannya adalah satu yang amat membanggakan untuk seluruh keluarga PERMAI.
Kita menjangkakan bahawa angka ini akan terus bertambah dari masa ke semasa apabila laman web PERMAI ONLINE ini dikenali oleh masyarakat Malaysia khususnya masyarakat mahasiswa institusi pengajian tinggi yang ingin mengetahui perkembangan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Tun Abdul Razak dan masyarakat umum yang ingin mencari maklumat Islam amnya
Dari maklumat counter yang diperolehi dari BRAVENET.COM yang
menyediakan perkhidmatan Counter percuma untuk Permai, didapati 58.5% pengunjung
PERMAI ONLINE menggunakan sistem operasi Windows 98, diikuti dengan 24.15%
menggunakan Windows 2000, 10.44% Windows NT , 3.1 % menggunakan Windows 95,
0.24% menggunakan Sun Operating System dan 0.1% menggunakan
Linux. Kepelbagaian sistem operasi ini membuktikan bahawa laman web PERMAI
ONLINE berjaya dicapai menggunakan berjenis-jenis platform dan ia merupakan satu perkembangan sihat di dalam dunia penyebaran maklumat
melalui I.T. Bagi webmaster PERMAI ONLINE sendiri, sebelum mana-mana
halaman di PERMAI ONLINE di hantar ke komputer pelayan (server), kami akan
menguji keserasiannya di pelbagai platform dengan menggunakan pelbagai browser
terpilih pada peringkat resolusi yang pelbagai. Ini untuk mempastikan agar
halaman tersebut dapat dilayari dengan baik oleh para pengunjung. Untuk
menjadikan ianya lebih mesra-pengunjung, kebanyakan halaman di jajarkan secara
"justify" meskipun tugasannya agak cerewet terutama di dalam
menyemak kod-kod html halaman berkenaan.
Diakui atau tidak, peranan yang dimainkan oleh laman web amat besar pengaruh dan kesannya dan ia dapat dilihat dari sudut penyebaran maklumat terkini di mana masyarakat pelajar khususnya kini menjadikan internet sebagai sumber maklumat terpenting selain dari perpustakaan konvensional.
Ditinjau dari penggunaaan browser
para pengunjung pula, BRAVENET
mencatatkan lebih 70% pengunjung PERMAI ONLINE menggunakan Internet Explorer 5.0, 23%
daripadanya Explorer 4.0, 3.13% Netscape 2.0, 1.90% menggunakan Netscape 4.0,
0.54% menggunakan Opera dan 1% untuk lain-lain browser.
Data tersebut mengesahkan juga bahawa lamanweb PERMAI ONLINE adalah serasi di semua browser dan ia sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah untuk pengunjung menggunakan apa jua pun browser untuk melayari PERMAI ONLINE.
Pada satu bancian yang di lakukan ke atas
lamanweb PERMAI ONLINE, daripada 300 pengunjung yang mengambil terhadap soalan
yang dikemukakan iaitu "Apakah pandangan Anda Terhadap Lamanweb Ini",
majoritinya (lebih 90%) menyatakan SANGAT BAIK, 4.5% meletakkan ia di dalam
kategori BAIK, 2.3% SEDERHANA, hanya 2.6% sahaja menyatakan ianya perlu
diperbaiki sementara 0.3% todak memberikan apa=apa komen.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua pengunjung yang telah
memberikan respons mereka ke atas bancian berkenaan yang merupakan
"benchmark" untuk kami memperelokkan laman web kami.
Sebenarnya membina lamanweb PERMAI ONLINE tidak mendatang apa-apa keuntungan material kepada webmasternya - tetapi di sana ada satu kepuasan yang tak dapat diucapkan - kepuasan memenuhi satu tuntutan fardhu kifayah - tuntutan dakwah - dan dengan missi yang bersendikan kepada penyeruan amal makruf nahi mungkar - pembinaan laman web sebegini mempunyai nilai-nilai ubudiyah yang tersendiri.
Oleh kerana ianya mempunyai nilai ubudiyah, maka ianya perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar ianya diterima oleh Allah s.w.t. sebagai satu amal-jariah, maka bertolak di situlah mengapa PERMAI ONLINE dibina dengan keadaan yang simple tetapi menarik sepertimana yang anda tatapi kini.
Halaman utama yang lebih menarik dan teratur, penyelitan imej-imej yang sesuai di setiap berita dan rencana untuk mengelakkan kejemuan dan kepenatan mata serta memperkenalkan ciri-ciri HTML yang serasi untuk semua browser adalah konsep yang diperkenalkan oleh PERMAI ONLINE.
Dari aspek pemberitaan dan isi kandungan, kami akan cuba membawa berita yang lebih terkini, authentik, dengan nada yang lebih berani dan tegas bila terpaksa berdepan dengan kebenaran yang perlu ditegakkan dan kebatilan yang mesti ditentang.
Memang terdapat kekurangan kami di sana-sini, ini kami akui, namun insyaAllah dengan berkat dari sokongan dan doa semua, kekurangan ini dapat diperbaiki di masa-masa muka. Biar di sana ada yang memandang rendah "usaha" ini namun bagi yang memahami, doakan kami semuga kami dikurniakan kekuatan untuk terus berjuang di alam siber ini menabur bakti di dalam mengejar cita-cita kita untuk membentuk UNITAR yang lebih gilang-gemilang dengan ciri-ciri Islami serta mendapat keampunan Tuhan.
ALLAHUAKBAR!